in

6 Negara Ideal Untuk Destinasi Percutian Bajet Tidak Diketahui Ramai

02

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yeay dah hujung tahun ni! Bagi anda yang sering bekerja keras siang dan malam, percutian hujung tahun adalah perkara yang paling dinanti-nantikan. Dah tak sabar nak menghirup udara segar di pergunungan tinggi atau bersiar-siar di tepi pantai bersama yang tersayang. Namun semua itu bagaikan bermimpi di siang hari apabila wang anda masih tidak mencukupi!


Jangan bimbang! Berikut kami senaraikan 6 negara ideal untuk destinasi percutian bajet yang tidak begitu popular dan belum diketahui ramai pelancong.

 

1. Sri Lanka

Sri Lanka mungkin bukanlah tempat percutian menarik bagi sesetengah pelancong yang memandang rendah akan negara tersebut. Pun begitu, tidak semua tahu yang negara ini menawarkan kombinasi landskap yang hebat, pantai yang memutih, warisan negara yang unik dan memiliki lapan tapak yang diwartakan UNESCO sebagai World Heritage Sites.

Sri Lanka 1
sumber: instagram

Penginapan di Sri Lanka juga murah dari tawaran serendah RM60 hingga RM2,456 mengikut hotel yang dipilih. Malah jikalau anda bercadang untuk berjalan-jalan dengan menaiki kereta, sewanya hanya bernilai antara RM200 ke RM280.

Sri Lanka 2
sumber: instagram
Sri Lanka 3
sumber: instagram

Lawatilah tempat menarik seperti Anuradhapura, kota suci penganut Buddha atau Kandy yang mana terletaknya Ceylon Tea Museum, Pinnewala Elephant Orphanage, The Royal Botanical Garden dan Ranweli Spice Garden.

Sri Lanka 4
sumber: instagram
Sri Lanka 5
sumber: instagram

 

2. Bolivia 

Bolivia merupakan sebuah negara kecil di Amerika Selatan yang bersempadan dengan negara seperti Brazil, Paraguay, Argentina, Chili dan Peru. Bagi peminat telenovela Latin, anda pasti sudah teringat-ingat akan wajah kacak Fernando Jose, kekasih Rosalinda yang datang dari benua Amerika Selatan ini!

Bolivia 1
sumber: instagram

Penginapan di negara ini juga tidaklah mahal seperti yang disangka. Melalui aplikasi Trivago anda mampu miliki bilik semurah RM60 hingga RM466 satu malam. Cukup dengan hanya berjalan-jalan di kota, anda sudah mampu melihat landskap yang indah dengan pesta rakyat dan tarian adat yang sering diadakan di negara ini.

Bolivia 2
sumber: instagram

Lawatilah tempat menarik seperti Gunung Illimani dan Lembah Mayuni yang dipenuhi haiwan seperti Illama dan danau yang menakjubkan. Tidak dilupakan Valle de Luna atau Moon Valley yang terkenal dengan permandangan danau yang menakjubkan. Mesti segar mata memandang! 

Bolivia 3
sumber: instagram
Bolivia 4
sumber: instagram

 

3. Bulgaria

Bagi yang takut-takut untuk melancong ke benua Eropah kerana kosnya yang mahal, anda patut cuba mengunjungi Bulgaria terlebih dahulu untuk mengetahuinya. Ia merupakan antara 16 negara yang terluas di Eropah Tenggara dan selalunya pelancong gemar mengunjungi Kota Sofia, kota kedua tertua di Eropah.

Bulgaria 1
sumber: instagram

Penginapan untuk satu malam bermula dengan harga serendah RM60 dan terdapat pelbagai muzium sastera dan seni yang boleh anda kunjungi di sana. Bagi mereka yang gemarkan ketenangan, sejarah dan seni, anda boleh saja lawati tempat seperti Plovdiv Roman Theatre, Palace and Botanical Gardens of Balchik dan Istana Ravadinovo.

Bulgaria 2
sumber: instagram
Bulgaria 3
sumber: instagram

 

4. Ireland

Kedudukan Ireland yang terpisah dengan tanah besar Eropah membuatkan ia jarang mendapat tempat di hati pelancong. Pelancong yang datang dari Eropah terpaksa menaik feri atau kapal terbang semata-mata untuk ke Ireland berbanding ke negara lain seperti Switzerland dan Itali.

Ireland 1
sumber: instagram
Ireland 2
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, percutian di sini amat berbaloi kerana ia tidaklah semahal yang disangkakan. Hostel di sini diyakini murah dengan tawaran semurah RM80 ke atas per malam.

Anda boleh kunjungi tempat menarik seperti Dublin Zoo, Butlers Chocolate Factory dan berkelah di Glendalough yang merupakan salah satu tempat tercantik di Ireland. Wow!

Ireland 3
sumber: instagram
Ireland 4
sumber: instagram

 

5. Argentina

Satu lagi negara di Amerika Latin yang tidak memerlukan banyak perbelanjaan apabila bercuti ke sana ialah Argentina. Anda boleh mendapatkan penginapan indah berdekatan dengan tasik yang cantik dengan harga semurah RM200.

Argentina 1
sumber: instagram

Negara ini mempunyai pelbagai landskap yang indah seperti air terjun Iguazu, glasier Perito Moreno, pergunungan Andes dan padang pasir Patagonian Steppe.

Argentina 2
sumber: instagram
Patagonian
sumber: instagram

Makanan seperti Alfajores iaitu sejenis manisan yang juga merupakan snek pemanis mulut patut dicuba semua pelancong yang berkunjung ke Argentina. Usah risau mengenai makanan halal kerana pelbagai makanan tradisi Arab telah diperkenalkan di Sepanyol dan ia telah dipelbagaikan ke beberapa negara di Amerika Selatan lain.

Argentina 3
sumber: instagram

 

6. Honduras

Tak ramai yang tahu akan kewujudan negara bernama Honduras dari Amerika Tengah ini. Ia dikenali sebagai ‘Republik Pisang’ kerana telah menjadikan pisang sebagai komoditi eksport terbesar negara tersebut.

Honduras
sumber: instagram

Menurut Idntimes, anda tidak perlu mengeluarkan wang lebih daripada RM100 untuk makan tiga kali sehari dan berjalan-jalan di sekitar bandar Puerto Cortes.

Pantai dan pasir putihnya tidak kalah indah dari pulau-pulau popular seperti Hawaii dan Maldives. Anda boleh menyelam Pantai Roatan atau mengembara ke Taman Negara Pico Bonito dan melawat hasil tinggalan Kota Mayan di Copan.

Honduras 2
sumber: instagram
Honduras 3
sumber: instagram

Jadi apa yang ditunggu-tunggu? Rancang percutian anda sekarang! 

Baca: 9 Tree House di Malaysia Ini Akan Beri Anda Pengalaman Percutian yang Unik! 

Cuti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.