“Kakak you deserve it” – Majikan Sponsor ‘Me Time’ Untuk Pembantu Rumah Raih Pujian Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kakak you deserve it” – Majikan Sponsor ‘Me Time’ Untuk Pembantu Rumah Raih Pujian Netizen

Istilah we are family dalam dunia pekerjaan di pejabat boleh dikatakan tidak boleh digunapakai lagi, tetapi antara tuan rumah dan pembantu rumah ia wajar untuk diimplementasikan.

Ini kerana kerja pembantu rumah ini waktu kerjanya  tiada had dan tempat tinggal mereka adalah di ‘tempat kerja’ itu. Itu sebablah wajar sangat kalau tuan rumah anggap pembantu mereka seperti keluarga sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh Elecher Lee ini.


“Kakak, you deserve it.”

Dipendekkan cerita, hari video ini dikongsikan di akaun TikTok miliknya itu dikatakan hari ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Sumi ini.

Tiada sebarang penghadang antara majikan dan pekerja, Elecher memanggil Sumi dengan gelaran ‘Kakak’,oleh itu, Elecher menghadiahkan pembantu rumahnya itu dengan taja Sumi untuk memanjakan diri seharian dengan membelikan pakaian baru, pergi salun, spa dan bermacam-macam lagi.

Apa yang menyebabkan netizen yang menonton video ini jadi sebak dan terharu adalah hampir semua aktiviti memanjakan diri itu adalah pertama kali dilakukan termasuklah pergi ke salun, sampaikan Sumi sendiri tak tahan sebak.

“Saya tak pernah pakai dress sebelum ini, 38 umur saya, saya tak pernah masuk salun.”

Selain itu, Elecha sekeluarga turut membawa Sumi menjamu selera di kedai makan mewah dan dilihat anak-anak Elecha begitu manja dengan Sumi.

Dalam masa sehari, video ini telah meraih sebanyak 2.2 juta dan rata-rata netizen begitu kagum dengan sikap pemurah dan baik hati majikan ini, ia juga menjadi inspirasi buat mereka jika dimurahkan rezeki untuk ada pembantu rumah kelak. Ara Johari pun puji tau sekali tau!

Screenshot 2023 08 21 163202 Screenshot 2023 08 21 163228 Screenshot 2023 08 21 163255

Kalau min suatu hari ada rezeki nak ada orang gaji sendiri juga pun, Insya-Allah min akan buat cara yang sama, mudah-mudahan dapat juga pembantu rumah yang tak banyak buat hal. Suka betul tengok walaupun berlainan bangsa dan agama dilayan sama rata macam tu.

Baca : Buku ‘When I Was A Kid’ Dari Penulis Malaysia Dikecam Indonesia, Lambangkan Pembantu Rumah Sebagai Monyet

Buku When I Was A Kid

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kakak you deserve it” – Majikan Sponsor ‘Me Time’ Untuk Pembantu Rumah Raih Pujian Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kakak-you-deserve-it-majikan-sponsor-me-time-untuk-pembantu-rumah-raih-pujian-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM