in

‘Kak Qis’ Menyesal Tidak Dapat Bantu Jenazah Ibu Akhirnya Berubah Kepada Fitrah Asal

Pondans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
'Kak Qis' Menyesal Tidak Dapat Bantu Jenazah Ibu Akhirnya Berubah Kepada Fitrah Asal
Loading
/

Penyesalan selalunya terbit selepas kita kehilangan sesuatu yang bermakna di dalam hidup. Sungguhpun sesal datang sedikit terlewat, masih tidak terlalu lambat untuk seseorang itu kembali bertaubat dan pulang ke pangkal jalan.


Baru-baru ini tular sebuah video dari lelaki bernama Cikgu Jefferi yang mendedahkan kisah penghijrahannya yang pulang ke pangkal jalan.

Video yang mendapat 9.6k likes dan 4,221 share berkenaan Jefferi yang menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang pondan, namun berubah setelah kematian ibu yang disayangi.

18556376 1723015397997570 1413541242261638806 N
sumber: facebook

Menurut Harian Metro, sehingga kini Jefferi Mohd Nor, 52, masih dihantui penyesalan oleh kerana tidak mampu membantu jenazah arwah ibunya ketika di liang lahad.

Dia yang dahulunya dikenali sebagai ‘Kak Qis’ merupakan pondan yang terkenal kerana telah melakukan pelbagai pembedahan plastik termasuklah menyuntik silicon di payudara, hidung, mata, lesung pipit, tulang pipi dan bibir demi untuk menjadi seorang ‘wanita’.

12472729 1551582808474164 3591498963076057486 N
sumber: facebook

Jefferi mula terjerumus ke dunia pondan ketika dia memasuki maktab perguruan. Sejak dari itu nalurinya menjadi pondan kian membuak-buak selepas dia menjadi guru.

Selepas bergelar guru, saya ke sekolah memakai pakaian lelaki, sebelah malam bertukar wanita pula dan seronok dengan kehidupan begitu.”

Dua kehidupan berbeza! 

Dia kemudian berhenti menjadi guru dan mulai fokus kepada bidang perniagaan. Pada saat itu, ‘Kak Qis’ sudah mempunyai segala-galanya termasuklah rumah, kereta mewah, kecantikan dan tiga anak angkat yang dijaganya.

14237668 1612887122343732 5017832672115904813 N
sumber: facebook

Namun kehilangan ibunya memberi tamparan hebat buat ‘Kak Qis’. Arwah ibu yang sakit tenat meninggal dunia pada tahun 2009 akibat gastrik pecah.

“Arwah ibu adalah kawan baik saya, apa-apa saya lakukan dia sokong kecuali ketika membuat keputusan mahu menjadi wanita.

“Walaupun saya sudah menjadi ‘anak perempuan’ kepada ibu, dia tetap tidak membuang saya dan berdepan pelbagai tohmahan orang ramai, begitu besar jasa arwah ibu terhadap saya,” kata Jefferi.

Gambar 1
sumber: harian metro

Ketika ibunya meninggal dunia, Jefferi tetap memilih untuk berpakaian wanita dengan jubah tanpa tudung. Malah dia juga hanya melihat orang ramai solat jenazah dan menurunkan jenazah arwah ke liang lahad, walhal dia sebagai anak lelaki mengabaikan tanggungjawab tersebut.

“Saya seorang anak lelaki tetapi saya tidak membantu arwah ibu di hujung hayatnya, sehingga sekarang saya menyesal hanya disebabkan ego dan ghairah mahu menjadi pondan,” kata Jefferi.

12928180 1551582811807497 3773641308086476668 N
sumber: facebook

Menurut Jefferi, dia dahulu pernah juga berhasrat untuk berhijrah ke England bagi melangsungkan perkahwinannya dengan ‘teman lelaki Mat Salih’ di sana. Namun semuanya tergendala setelah ibunya jatuh sakit dan memerlukan penjagaan rapi.

Mungkin Allah masih sayangkan saya dengan menghalang perjalanan itu, jika tidak pasti saya sudah murtad di sana, nauzubillah.” 

Syukurlah begitu…

Pun begitu, keputusan Jefferi untuk berubah sepenuhnya menjadi lelaki semula terjadi apabila dia didatangi seorang lelaki bukan Islam yang konon mahu menilik nasibnya pada tahun lalu.

Menurut lelaki itu, Jefferi punya segala-galanya namun dia tidak bahagia kerana tidak menunaikan solat lima waktu. Tertanya tekaan lelaki itu benar kerana dia sudah berpuluh tahun tidak menunaikan solat.

Sejak dari itu, dia mula bersolat namun masih tetap memakai pakaian wanita. Namun bukan dengan memakai telekung tetapi berbaju kurung atau jubah tanpa menutup kepala. Aduhai…

“Setiap kali orang datang ke premis perniagaan saya, mereka terkejut melihat saya solat dan wujud perasaan kasihan terhadap saya,” katanya.

Meskipun sudah solat lima waktu, Jefferi masih tidak merasa tenang. Lalu dia akhirnya mengambil keputusan untuk kembali kepada fitrah lelaki dan membuang segala implan di tubuhnya.

17353238 1695149107450866 7361867194055621681 N
sumber: facebook

“Saya jual semua barangan kemas dan membuang semua pakaian wanita. Saya mula memakai pakaian lelaki dan Alhamdulillah perubahan ini baru setahun. Apa yang saya paling gembira, saya juga dapat solat Jumaat yang ditinggalkan hampir 50 tahun,” kata Jefferi.

14355599 1612887032343741 3370955837362585450 N
sumber: facebook
15965564 1667232023575908 1229058869782592932 N
sumber: facebook

Jefferi yang juga pengasas produk kesihatan dan kecantikan SB Superbeauty berpesan kepada pondan di luar sana untuk cepat-cepat berubah sebelum terlewat sepertinya yang sudah berada di penghujung usia.

Semoga terus istiqamah! Kepada yang masih ‘sesat’ tidak bertemu jalan, contohilah Jefferi.

Baca: Maklumat Peribadi Nur Sajat Tersebar, Anggap Ada Yang Dengki Mahu Jatuhkan Reputasinya

Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.