in

“Kaji kesan joget ini kepada kanak-kanak” – Video Goyang Upin Ipin Undang Kontroversi?

Upinipin3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja 2 hari ditayangkan, muzik video lagu animasi kegemaran kanak-kanak “Goyang Upin Ipin” telah meraih hampir 3 juta tontonan!


Lagu yang begitu catchy dengan rentak dangdut ini telah mencuit hati para penonton dari Malaysia mahupun Indonesia. Difahamkan siap trending dekat TikTok lagi.

Namun begitu, dalam kehangatan sambutan video ini timbul pula rasa kurang enak sesetengah penonton kerana konsep yang diberikan itu macam ‘tak kena’ dengan target audience.

 

Kurang sopan – Netizen

Umum sedia maklum bahawa animasi Upin Ipin ini memang khusus untuk tontonan kanak-kanak, jadi ramai netizen menzahirkan rasa kurang senang di ruangan komen Twitter rasmi Les’Copaque dengan aksi gelek yang bagi mereka akan memberikan pengaruh negatif kepada minda kanak-kanak.

Dalam pada itu ada juga netizen yang kurang senang apabila terlihat aksi watak Kak Ros bergelek sakan.

Malah ada juga yang kecam kerana ia seolah-olah mengetengahkan budaya luar berbanding budaya dalam Malaysia sendiri.

 

Lc Lc2 Lc3 Lc4 Lc5 Lc6 Lc7

Bagaimanapun ada sahaja yang rasa tiada masalah dengan konsep yang dibawakan jika dapat terima dari sudut positif, malah di YouTube rata-rata gemar menontonnya.

 

Baca : “Duh duh! marilah semua goyang Upin Ipin” – [VIDEO] Muzik Video Upin Ipin Cecah Lebih 700 Ribu Tontonan Kurang 24 Jam!

Goyang

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.