in

“Duh duh! marilah semua goyang Upin Ipin” – [VIDEO] Muzik Video Upin Ipin Cecah Lebih 700 Ribu Tontonan Kurang 24 Jam!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Animasi Upin & Ipin sudah tidak asing lagi dalam dunia animasi tempatan sejak 2007. Pelbagai siri dan filem telah diterbitkan untuk tontonan kanak-kanak dan seisi keluarga. Korang yang dah besar pun mesti layan Upin & Ipin lagi kan?


Setelah lebih satu dekad, hasil animasi terbitan Les’ Copaque Production telah mendapat sambutan hangat di persada antarabangsa sehingga ke Indonesia, Brunei dan Turki.

Dengan populariti yang diraih dari negera seberang, Indonesia. Kini, sebuah muzik video “Upin & Ipin – Goyang Upin & Ipin” telah dihasilkan dengan sentuhan irama dangdut. Syok gila dengar!

Baru sahaja dimuat naik dalam masa kurang 24 jam, tontonan muzik video ini sudah mencecah lebih 700 ribu tontonan. Apa yang menariknya lagi, ada juga pengguna laman sosial yang membuat Tik Tok dengan pelbagai gaya dan reaksi yang tersendiri.

 

Jadi korang yang belum tengok tu boleh laa usha YouTube channel Les’ Copaque Poduction. Jom kita goyang ramai-ramai!

Baca: [VIDEO] Netizen Indo Bengang Dengan Fizi Lepas Tengok Animasi Upin Ipin Version Syawal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.