in

“Jumpa lagi sayang”- Sedih! Kanak-kanak Ditemui Lemas Dalam Besen Di Rumah Pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia di rumah pengasuhnya akibat lemas di dalam besen.Tragedi itu berlaku di Batu Maung Pulau Pinang.


Dipetik daripada Berita Harian, mangsa bernama Sophia Fatehah Wan Farhan Danial meninggal dunia selepas beberapa jam dapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Mangsa ialah anak bongsu dari dua beradik dan dihantar ke rumah pengasuhnya ketika ibu bapanya ingin pergi kerja di sebuah kilang.

Menurut nenek mangsa mahu dikenali sebagai Wan, berita kematian cucu kesayangannya itu diketahui selepas bapa kanak-kanak itu menghubunginya jam 9.36 pagi tadi.

“Saya bergegas dari Taiping ke sini selepas anak lelaki (bapa mangsa) memaklumkan kejadian itu. Jenazah cucu saya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Sebenarnya, cucu saya sudah lama dijaga pengasuh terbabit dan berita ini sangat mengejutkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan ketika dihubungi melalui WhatsApp oleh Utusan Malaysia telah mengesahkan kejadian itu.

Baca : Laju betul dia lari- [VIDEO] Baru Hari Pertama Masuk Sekolah, Budak Darjah 1 Lari Nak Balik Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.