in

“Laju betul dia lari” – [VIDEO] Baru Hari Pertama Masuk Sekolah, Budak Darjah 1 Lari Nak Balik Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 1 Mac lalu, pelajar Darjah 1 dan 2 serta prasekolah telah memulakan hari pertama persekolahan mereka bagi tahun 2021.


Namun seperti biasalah, kalau hari pertama sekolah tu pastinya ada macam-macam ragam murid yang kita boleh tengok. Namun antara yang paling ‘epic’ tahun ini admin rasa video di bawah ini lah.

Menerusi video yang viral di Facebook, seorang murid dilihat sedang melarikan diri dari sekolah. Murid tersebut telah dikejar oleh seorang ‘pakcik’ dari belakang yang meminta murid itu berhenti dan menawarkan diri untuk menghantarnya pulang.

Budak cabut lari😂 Hari Pertama masuk Sekolah Darjah 1

Budak cabut lari😂Hari Pertama masuk Sekolah Darjah 1Lokasi : Jengka 4,Maran Pahang

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, February 28, 2021

 

Aduh kesian pakcik tu tercungap-cungap haa lari dik…. 

Pakcik hantar balik, ada polis marilah pakcik hantar balik!” 

Walau bagaimanapun, di hujung video tersebut kelihatan seorang wanita yang dipercayai ibu murid berkenaan datang dengan menaiki motosikal. Setelah ditahan, wanita itu kemudian membawa murid tersebut menaiki motosikal bersamanya.

Pun begitu, tiada info lanjut mengenai keadaan murid itu sekarang. Harap datang sekolah lah dik. 

Menerusi video itu, rata-rata netizen geli hati dengan ragam pelajar terbabit pada hari pertama persekolahan dan ada juga yang kasihan dengan nasib pakcik tersebut yang mengejar pelajar itu tadi dari belakang.

Baca: “Janganlah pkp 3.0” – Netizen ‘Tepuk Dahi’ Tengok Ibu Bapa ‘Berkampung’ Hantar & Ambil Anak Dari Sekolah

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.