Jujutsu Kaisen Popularkan Kuantan, Kerajaan Pahang Hubungi Wakil Jepun

Tambah ke Sumber Pilihan
Jujutsu Kaisen Popularkan Kuantan, Kerajaan Pahang Hubungi Wakil Jepun

Sebelum ini, ibu negeri Pahang iaitu Kuantan pernah trending gara-gara salah satu watak anime Jujutsu Kaisen, Kento Nanami menyebut nama tempat tersebut dalam episod ke-42 siri anime itu.

Kento Nanami dalam episod itu menyebut bahawa dia ingin melawat ke Kuantan sebelum tiba kematiannya dan disebabkan itu, isu ini dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, baru-baru ini.


Menurut Sinar Harian, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, pihaknya dalam proses menghubungi negara Jepun untuk berhubung dengan penulis siri anime kegemaran ramai itu.

Kaisen 1 1

Ada peminat tanda Kuantan dalam Google Maps?

Tambah beliau, ada peminat anime itu menanda Kuantan di Google Maps sebagai tugu peringatan watak Kento Nanami.

Ada peminat anime ini telah menanda dalam peta Google sebagai tugu peringatan kepada watak Kento Nanami.

Artikel berkaitan: Kuantan Tiba-Tiba Trending, Rupanya Disebut Oleh Watak Terkenal Jujutsu Kaizen

Artikel berkaitan: Peminat Jujutsu Kaisen Indonesia Pelik Kenapa Kuantan Dipilih & Bukannya Bali

Kaisen 2

Promosi pantai di Kuantan

Dengan peluang dan kesempatan yang ada, beliau berharap agar kerajaan negeri dapat mempromosikan Kuantan di mata dunia lebih-lebih lagi pantai-pantai yang ada di sekitar tempat itu.

Jadi, kita berharap kerajaan negeri dapat endorsement daripada penciptanya supaya pantai itu menjadi tarikan terbaru buat peminat anime seluruh dunia.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Rosli Abdul Jabar pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang pada Rabu, 6 Disember 2023.

Wah! Makin ramailah orang dekat Kuantan lepas ni!

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Jujutsu Kaisen Popularkan Kuantan, Kerajaan Pahang Hubungi Wakil Jepun
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/jujutsu-kaisen-popularkan-kuantan-kerajaan-pahang-hubungi-penulis-anime/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM