Baru-baru ini, nama Kuantan, Pahang tiba-tiba trending di media sosial gara-gara daerah itu telah disebut sebagai tempat yang ingin dituju oleh Kento Nanami, iaitu watak dalam siri anime popular, Jujutsu Kaisen.
Perkara ini sudah tentulah menyebabkan ramai rakyat Malaysia khusunya peminat anime bangga kerana nama negara kita dikenali oleh orang luar.
Namun, ada pula segelintir rakyat Indonesia yang turut meminati Jujutsu Kaisen mempersoalkan kenapa nama daerah Kuantan, Malaysia yang disebut dan bukannya pulau Bali, Indonesia sedangkan Bali adalah lebih popular di mata dunia.
Rata-rata peminat Jujutsu Kaisen Indonesia itu mempersoalkan pilihan tersebut di dalam sebuah group di Facebook Jujutsu Kaisen Indonesia – JJKI.
Artikel Berkaitan: Kuantan Tiba-Tiba Trending, Rupanya Disebut Oleh Watak Terkenal Jujutsu Kaizen
Artikel Berkaitan: “Ada sebut laksa, tapir, harimau dll” – Ini Sebahagian Petikan Video Anime Jepun Yang Ada Unsur Malaysia
Namun, ada juga yang berpendapat mungkin Nanami tidak mahu ke Bali kerana walaupun pulau itu popular dan cantik, namun di situ terlalu ramai pelancong asing, jadi tidak sesuai untuk tinggal di situ jika seseorang itu mahu hidup dengan tenang.
Selain itu, ada juga yang pada mulanya menyangkakan ada kesalahan pada terjemahan sari kata apabila watak itu menyebut Kuantan, namun rupanya ia memang disebut oleh watak anime tersebut.
Pasal anime pun boleh bawak gaduh eh sesetengah orang ni….