in

Jom Tolong Viralkan! Wanita Mohon Pada Netizen Untuk Cari Pakcik OKU Penglihatan Ini, Nak Belikan Tongkat

Pakcik Tongkat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berharap agar netizen dapat membantunya untuk menjejaki lelaki warga emas yang merupakan OKU cacat penglihatan.


Kisah ini dikongsi sendiri oleh wanita bernama Sangeetha kepada portal WORLD OF BUZZ dan admin akan kongsikan juga di sini. Mana tahu ada yang dapat jumpa pakcik tu kan?

 

Terjumpa ketika hujan lebat, berdiri di tengah jalan

Menurut Sangeetha, dia ternampak pakcik itu beberapa minggu lepas ketika dia dan rakan sekerja dalam perjalanan ke tempat kerja di Aman Suria, Petaling Jaya.

Ketika kejadian, dia nampak pakcik itu menjerit dan memarahi seseorang dan sedang berdiri di tengah jalan. Cuaca ketika itu hujan lebat dan pakcik itu dibasahi hujan serta tidak tahu mahu menuju ke arah mana.

Pakcik1

 

Tak ada seorang pun tolong

Katannya lagi, orang awam yang berada di tempat kejadian ketika itu tidak mempedulikan dan tiada seorang pun tampil untuk tolong sedangkan warga emas berkenaan dalam keadaan keliru dan tidak tahu mahu ke mana.

Sangeetha dan rakannya kemudian terus membantu pakcik itu melintas jalan dan bertanya ke mana dia mahu pergi.

“Pakcik itu kata dia pergi ke kawasan itu untuk token tiket. Kalau dia dapat jual satu, dia akan dapat RM10, cukup-cukup untuk makan malam dan Grab pulang ke rumah. Tapi malangnya disebabkan hujan lebat, tiket itu dah basah dan tak boleh digunakan lagi.”

Pakcik itu kemudian bertanya jika Sangeetha dan rakannya boleh bantu untuk tempah Grab ke Bukit Jalil. Mereka kemudian tolong pakcik itu dapatkan pemandu Grab serta berikannya duit untuk makan malam. Ketika mereka berbual itu juga, Sangeetha dapati bahawa pakcik itu hidup sebatang kara.

“Macam-macam soalan bermain di fikiran saya. Macam mana dia balik ke rumah? Macam mana dia tahu yang mana satu rumah dia? Saya jadi sedih bila berfikir tentang itu semua.”

“Sebagai optometrist, saya faham perasaan orang buta. Ketika di kolej kami selalu melawat rumah orang-orang buta. Mereka sangat bergantung kepada orang lain. Boleh bayangkan tak macam mana mereka balik macam tu setiap hari?”

Pakcik2

 

Tongkat dah patah, terpaksa pakai payung

“Saya perasan tongkat putih yang digunakan pakcik itu sudah patah. Jadi dia terpaksa menggunakan payung untuk berjalan.”

Kata Sangeetha, pakcik itu ada berikan dia nombor telefon ketika diminta namun bila cuba dihubungi semula, malangnya nombor itu salah. Jadi, Sangeetha tak dapat nak jejak keberadaan pakcik itu.

“Tapi saya dah janji pada dia untuk belikan tongkat putih yang baru jadi sebab itulah saya berharap sangat WORLD OF BUZZ dapat bantu untuk tularkan cerita ini jadi jika ada sesiapa yang mengenali dia akan cuba dapatkan nombor telefonnya.”

Pakcik3

Korang pernah nampak pakcik ni? Atau tahu dekat mana kawasan yang dia selalu ada. Please bagitau admin atau WORLD OF BUZZ okay? Sama-sama kita bantu so that uncle tu boleh dapat tongkat yang baru…

Baca: Rakyat Malaysia Pakat Tolong Pelajar Terkandas, #SiswaJagaSiswa & #RakyatJagaRakyat Trending Di Twitter

Untitled Collage 16

Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.