in

“Laju betul menaip!” – Netizen Kagum Lihat Cara OKU Penglihatan Guna Telefon

Cara Oku Taip Telefon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, kecanggihan teknologi pada hari ini telah memudahkan aktiviti harian atau pekerjaan individu kelainan upaya (OKU).


Pasti ramai pernah terlintas di fikiran bagaimana OKU penglihatan menaip mesej menggunakan telefon pintar.

Sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang memaparkan seorang lelaki OKU penglihatan menunjukkan cara menggunakan braille keyboard di skrin telefon telah menarik perhatian ramai.

Menerusi dua kilp video berdurasi dua minit, lelaki tersebut mengatakan bahawa ada dua cara menaip telefon. Cara pertama dengan meletakkan telefon di atas meja seperti menaip menggunakan mesin braille dan cara lain pula seperti cara biasa menaip telefon.

“Ada yang tertanya macam mana kami menaip. Sesetengah orang boleh pakai braille keyboard dan macam saya pun boleh.

“Untuk braille keyboard ini kita susun jari atas skrin dan menaip seperti mana orang guna mesin braille,” katanya.

Dia kemudian menunjukkan demonstrasi menaip status di WhatsApp dengan cara menghidupkan tetapan voice assistant untuk membantunya mengetahui perkataan yang diketik.

Namun, apa yang membuatkan orang ramai kagum adalah cara dia menaip di skrin dengan begitu pantas dan tiada kesalahan typo ketika dia memaparkan mesej yang ditaip.

Ditanya bagaimana lelaki itu membaca komen di Facebook, dia berkata telefonnya boleh membaca ayat, perenggan dan aksara. Jika seseorang menaip singkatan perkataan, dia akan menghidupkan tetapan aksara untuk mendengar setiap huruf yang dieja oleh voice assistant.

Rata-rata pengguna media sosial meninggalkan komen positif dan memuji ketangkasan lelaki itu menggunakan telefon walaupun dirinya dalam serba kekurangan.

Screenshot 2023 03 17 154316

Wah, tak sangka canggih betul teknologi telefon sekarang ni ya!

Baca: “Mulianya hati adik” – Aksi Pelajar Bantu Rakan OKU Makan Buat Ramai Tersentuh

Suap Oku Makan

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.