Jiran Buat Pagar Halang Laluan Flat, Wanita Syukur Akhirnya Dicabut Selepas Video Tular

Tambah ke Sumber Pilihan
Jiran Buat Pagar Halang Laluan Flat, Wanita Syukur Akhirnya Dicabut Selepas Video Tular

Masalah yang biasa terjadi di sesetengah flat di Malaysia apa ada segelintir penduduk yang mementingkan diri sendiri. Mereka sesuka hati memasang pagar di koridor rumah sehingga mengganggu laluan orang ramai.

Tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki telah memasang pagar di laluan luar rumahnya. Wanita yang merakam video tersebut mengadu jika berlaku kebakaran di rumah flat tersebut.


Pasang pagar kayu, risau kebakaran

Dalam video itu, lelaki berkenaan nampak tidak puas hati pagar rumahnya itu dirakam oleh wanita tersebut. Kelihatan juga sebuah rak kasut diletakkan di sebelah pagar itu.

Artikel berkaitan: Terkejut Rumah Flat ‘Extend’ Sampai 3 Tingkat, Netizen Tanya Mana Pihak Berkuasa

Artikel berkaitan: “Pasang bukan sebab suka-suka” – Penghuni Flat ‘Selera Condo’ Buat Laporan Polis, Enggan Cabut Gril Besi

Pagar ni dah siap, kalau kita tolak macam ni.. sini boleh nampak rak kasut boleh bunyi nanti. Tak nak nanti akan datang ada bunyi, dia complaint orang tolak pula.

Pagar tersebut juga diperbuat daripada kayu dan wanita berkenaan risau jika berlaku kebakaran, pagar kayu itu boleh terbakar dan akan menyusahkan orang lain.

Pagar kayu dah cabut

Pun begitu, @haswanishassan melalui TikTok miliknya telah memuat naik satu video keadaan terkini rumah flat tersebut. Kelihatan pagar kayu itu sudah dicabut dan hanya tinggal rak kasut milik lelaki itu sahaja.

Alhamdulillah! Terima kasih netizen. Kalau tak viral mesti tak buka pagar ni. Terima kasih tolong saya.

Punca bina pagar

Dalam beberapa video lain di TikToknya, wanita tersebut menafikan dia sengaja mencari publisiti dengan merakam situasi tersebut. Dia berkata laluan itu sudah sempit pada awalnya kerana ada dua rak kasut di situ.

Kalau buat pagar besar dan rak kasut tak halang jalan. Okay, buat besar yang penting boleh jalan. Kalau ada kecemasan, orang boleh lalu. Kalau orang beli perabot, boleh lalu. Ini sekecil-kecil pintu. Sebab tu saya marah dan rakam nak tunjuk betapa kecilnya pintu tu. 

Dia mendakwa pagar tersebut dipasang mungkin bagi mengelakkan kucing jalanan berak di lantai laluan rumah flat itu. Namun, penduduk di situ sudah lali dengan masalah tersebut dan mencuci sahaja najis haiwan itu.

Kita duduk flat bukan duduk rumah yang have have. Buat cara duduk flat je.. ni buat pagar. Dah la sekecil-kecil alam.

Risau kalau kebakaran jadi, dah susahkan orang lain kat situ..

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Jiran Buat Pagar Halang Laluan Flat, Wanita Syukur Akhirnya Dicabut Selepas Video Tular
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/jiran-buat-pagar-halang-laluan-flat-wanita-syukur-akhirnya-dicabut-selepas-video-tular/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM