in

“Jin-jin betina jauh lebih cantik” – Adakah Ini Ciri-ciri & Sebab Kenapa Lelaki Yang ‘Dipilih’ Masuk Ke Alam Bunian?

Bunian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kisah kehilangan individu yang dikaitkan dengan alam bunian, admin tertarik bila ada satu page ni kongsikan satu info berkenaan dengan alam tersebut.


Kita selalu dengar, biasanya orang selalu sesat dan hilang ni adalah orang lelaki, tapi kenapa bukan wanita?

Ia bukanlah nak ditujukan pada Acap tapi sekadar maklumat tambahan yang boleh kita hadamkan. Cuma adakah info ini betul ke tak? Wallahualam.

 

Kenapa lelaki biasa hilang dalam hutan, bukan perempuan?

56696891 1061714704023784 4478332442142310400 N
Sekadar gambar hiasan

“Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.”

“Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.”

Bagaimanapun bukan calang-calang lelaki yang mereka pilih. Ada golongan-golongan tertentu sahaja. Malah ada juga sebab-sebab tertentu kenapa mereka pilih golongan ini.

 

Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?

55840619 1061714764023778 7702602083882500096 N
Sekadar gambar hiasan

“Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.”

“Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.”

“Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.”

“Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.”

Sebenarnya ada sahaja petunjuk-petunjuk untuk ke ‘alam sana’ jika berada di hutan, gunung-ganang semua. Kalau boleh jika ternampak petunjuk-petunjuk ini, elakkan berdekatan di kawasan tersebut.

 

Bagaimana nak kenal pasti pintu masuk ke alam bunian?

56321799 1061714727357115 1990646925707182080 N

“Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!”

“Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian”

56395154 1061714747357113 4636607793795694592 N

“Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.”

“Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!”

Hurm, baru admin faham pesanan orang. Kalau masuk kedalam hutan, cuba elakkan daripada melakukan perkara yang tak senonoh lebih-lebih lagi dalam bab percakapan. Pasal pentanda ni benar atau tidak, admin sendiri bukanlah orang yang arif dalam bab-bab ni.

 

Baca: Ditahan sebab langgar anak-anak bunian” Teori ‘Karut’ Netizen Pasal Kehilangan Acap

56502761 1061305214064733 1295392729525649408 N 2

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.