in

“Jika kena tulis pastikan sanitasi tangan” – Dr Noor Hisham Nasihat Bawa Pen Sendiri Sebelum Isi Maklumat

Temperature2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun PKPB telah dilakukan kerana kes ini dilihat semakin berkurangan, kita juga kena ingat masih lagi ada risiko untuk berhadapan dengan penyakit ini.

Jadi, itu sebablah kita mesti kena adapt dengan cara norma baharu ini, setiap kalau kalau nak keluar untuk membeli barang atau makan di luar pasti kena buat beberapa langkah dan admin yakin kebanyakannya dah buat dah pun sebelum masuk ke dalam premis.


Ambil suhu badan, dan isi maklumat supaya pihak berkuasa boleh mengesan tempat kita pergi bagi jika pandemik ini muncul dan mudah untuk mereka hubungi kita.

Walaubagaimanapun, ada yang mula mempersoalkan jika langkah itu masih dikira selamat atau tidak memandangkan kita kena sentuh pen yang sama orang lain dalam premis pakai sebelum masuk kedalam kedai itu.

Sinar

Ini kerana kita sedia maklum bahawa Covid-19 boleh bertahan diatas satu permukaan selama beberapa hari.

Disebabkan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah peka dengan hal ini. Ketika sidang media semalam, beliau menasihati agar kita semua bawa pen sendiri. Lapor Astro Awani

Jika anda perlu menulis, pastikan anda sanitasi tangan dan pen, jika boleh. Jika anda khuatir pen itu digunakan oleh orang ramai, itu adalah cara terbaik untuk melindungi diri,”

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kebimbangan sesetengah individu yang perlu berkongsi pen untuk mengisi borang butiran diri.

Temperature

Bagaimanapun, menurut Malay Mail Dr Noor Hisham juga ada memberitahu bahawa Putrajaya kini sedang mencari jalan penyelesaian melalui aplikasi Mysejahtera supaya kita boleh terus menggunakan QR code menerusi peranti pintar bagi mengelakkan diri kita daripada menggunkan pen dan kertas.

Kalau diperhatikan dah banyak dah pun gunakan cara ini, tetapi masih ada yang mengamalkan cara bertulis. Jadi, ikut sahaja nasihat beliau untuk sanitasi tangan dan pen, cuma ingat! Jangan letak nombor IC kalau diaorang minta.

 

Baca : “Kalau dia gertak, buat bodo atau report polis” -Elakkan Bagi Nombor IC Kalau Nak Isi ‘Guest List’ Kedai

Noic

 

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Arab News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.