“Jenayah yang lebih berat dari 1MDB” – Bro Saddiq & KJ ‘Troll’ Resepi Pelik Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan

Jadikan sumber pilihan di Google
“Jenayah yang lebih berat dari 1MDB” – Bro Saddiq & KJ ‘Troll’ Resepi Pelik Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan

Zaman sekarang banyak betul gubahan resepi yang begitu kreatif sampai mampu menggiurkan orang ramai, lihat sahaja di media sosial, ada je video-video resipi mahupun jualan makanan yang menjadi viral dan kegilaan ramai. Siapa yang tak suka makan kan?

Tapi ada juga yang tak boleh diterima akal, kadang-kadang gubahan yang melampau boleh menyebabkan orang jadi ‘geli’ nak rasa sebab terlalu pelik dengan campuran ramuannya.


Macam resipi nasi goreng terbaru Ahmad Maslan ni.

 

Nasi Goreng Strawberi!

Errkk!! Dengar je pun dah pelik kan?

Tapi itu lah kenyataannya, kita semua tahu Ahmad Maslan terkenal dengan resipi nasi goreng dia kan? Salah satunya Nasi Goreng GST yang sampak berseleraaaaa sangat.

Sekarang ni pula dia ada satu cetusan idea dimana nasi goreng itu di sulamkan bersama buah strawberi. Siap ada kongsi resipi lagi tau! Rugi uols tak cuba!

Jangan kata korang, KJ dengan  Bro Saddiq sendiri tak boleh terima dengan resepi cetusan hati Ahmad Maslan ni. Respon masing-masing memang win!

 

Jenayah yang lebih berat dari 1MDB – Syed Saddiq”

 

Ini gross – KJ”

Makin mencuit hati apabila netizen ramai netizen tak boleh terima. Siap Tag Gordon Ramsay lagi! Siapa tak kenal kena makan nasi goreng strawberi ni!

 

Gordan Ramsay do you approve this recipe? – Netizen”

Nasigorengstrawberi Nasigorengstrawberi2 Nasigorengstrawberi3 Nasigorengstrawberi4

Umumnya, Gordon Ramsay ni orangnya memang jenis straightforward, chef terkenal dari UK ini memang cukup lantang apabila orang bertanyakan pendapat tentang masakan mereka.

Gambar Gordon Ramsay bagi respon tu jangan percaya sebab admin check kat profile Twitter dia, tak ada pun cakap macam tu.

Apapun, Ahmad Maslan ada jelaskan ini bukannya idea dia, ia berdasarkan resepi lain yang dah sedia ada. Oh begitu rupanyaa…

Ish korang ni tak baik tahu, kan dah merajuk. Betul lah katanya, buat resipi ni bukannya satu perbuatan jenayah pun. Korang cuba lah, pleasee…

 

Baca : Netizen ‘Kembang Tekak’ Dengan Tips Masak Kari Campur Milo & Nescafe Ini

Kari Milo1

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Mende?

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Jenayah yang lebih berat dari 1MDB” – Bro Saddiq & KJ ‘Troll’ Resepi Pelik Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/jenayah-yang-lebih-berat-dari-1mdb-bro-saddiq-kj-troll-resepi-pelik-nasi-goreng-strawberi-ahmad-maslan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen