in

Jemaah Indonesia Dikritik Conteng Dinding Gua Hira, Boleh Dikenakan Denda Lebih RM100,000

Gua Hira Diconteng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang Youtuber Indonesia dari channel Jeda Nulis, Husein Ja’far Al Haidar atau lebih mesra dipanggil, Habib Ja’far telah mendedahkan tindakan tidak wajar beberapa individu di Gua Hira.

Menurut video yang berjudul ‘Mengapa Depok di Gua Hira’, ia memaparkan beberapa contengan yang dilihat berada pada dinding Gua Hira yang menulis nama-nama individu seperti Rojali, Andriyani, Mitfah serta nama sebuah kota di Indonesia iaitu Depok.


Menurut Ja’far, proses mendaki Gua Hira sepatutnya penuh dengan nilai kerohanian namun telah tergangggu dengan sampah dan juga vandalisme pada dinding gua itu.

Antara yang saya kesalkan di atas batu-batu denai mendaki Gua Hira berlaku vandalisme, contengan orang yang tidak bertanggungjawab. 

“Dan beberapa pelaku vandalisme jelas orang Indonesia, kerana lihat mereka, nama Rojali, Andriyani, Miftah, dan Depok, silakan,” katanya.

Arab Saudi beri amaran, boleh dikenakan denda

Menurut Astro AWANI, pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan memberi amaran kepada individu yang membuat sebarang kerosakan secara sengaja terhadap kemudahan awam di negara itu akan dikenakan hukuman.

61690251633 Guahira

Gulf News juga melaporkan bahawa jika didapati bersalah, pelaku boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda maksimum sebanyak RM12,695.68.

Dalam pada itu, Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Eko Hartono memaklumkan sekiranya pelaku vandalisme ditangkap, mereka boleh didenda dan dipenjara.

Baca: Beli Emas 180g Di Mekah, Kastam Indonesia Ingin Siasat Wanita Pamer Barangan Kemas Lepas Balik Haji

Emas

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.