in

Jemaah Haji Kantoi Bawa Lapan Bagasi Seberat 30KG Setiap Satu Dipenuhi Dengan Rokok dan Jamu

Jamu Rokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah panggilan Baitullah!

Pada ketika ini sudah pastinya kebanyakan jemaah, bakal haji dan hajah sudah pun berlepas ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Disebabkan perjalanan dan tempoh menunaikan haji yang agak panjang, ada di antara jemaah yang merindui tanah air mereka.


Oleh itu, ada yang membawa paket makanan segera seperti Maggie ataupun serunding sebagai tanda mata dari negeri sendiri. Namun percaya atau tidak, ada di kalangan jemaah haji yang berani mati membawa 30KG beg penuh dengan rokok dan jamu!

Mengejutkan 2 Jamaah Haji Asal Surabaya Bawa 25 Kg Jamu Kuat Dan Rokok Ke Tanah Suci R2Spvugx4E
sumber: okezone

Lapan buah bagasi telah dirampas dari beberapa orang jemaah haji yang datang dari Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia oleh petugas Panitia Penyelenggara Ibadah Haji (PPIH) Embarkasi Surabaya yang keseluruhannya berisi rokok, supplemen dan jamu, lapor Coconuts. Uishh bawa banyak-banyak ni buat apa??

Rahsia para jemaah ini terbongkar apabila paparan x-ray menunjukkan bagasi mereka penuh dengan barangan terlarang tersebut. Ops! 

59901E49B6C6F Calon Haji Sekoper Rokoknya Disita Orang Sabar Disayang Allah 663 382
sumber: viva

Menurut Kompas, Ketua Kementerian Hal Ehwal Agama Probolinggo, Santoso berkata, dia memohon maaf terhadap lapan jemaah haji tersebut namun pihaknya sudah pun menjelaskan kepada jemaah haji sebelum ini akan perkara-perkara yang boleh mereka bawa dan dilarang sama sekali ketika menaiki penerbangan antarabangsa.

“Kami juga mengingatkan kepada jemaah bahawa tujuan untuk ke tanah suci adalah untuk beribadah dan bukannya berbisnes,” kata Santoso. 

597C6F47D6Bc0 Jemaah Haji Indonesia Tiba Di Madinah 663 382
sumber: viva

Malah lebih malang bagi seorang jemaah bernama Muradin ini, disebabkan dia telah menggunakan kesemua 30 kg elaun bagasinya kepada rokok, dia terpaksa bergerak ke Tanah Suci dengan tangan kosong. Kesemua barangannya dirampas dan dia hanya membawa beg kosong. 

“Saya sudah mengikut semua peraturan yang diberitahu, iaitu untuk tidak membawa barang lebih dari 30 kilogram. Tapi sampai di sini pula tiba-tiba semua barang saya disita. Sekarang saya bawa bagasi kosong, berangkat ke Makkah tanpa bawa apa-apa.” 

Haih itulah… nak ke tanah suci untuk beribadat ke merokok??

Pun begitu, Indonesia pernah dilaporkan mempunyai antara jumlah perokok tegar lelaki tertinggi di dunia. Malah 17 orang dari jemaah haji mereka di Makkah kini sudah meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Jadi faham-fahamlah kenapa mereka bawa rokok sampai satu beg tu…

Semoga terus fokus untuk beribadah di Tanah Suci Makkah. Hal-hal yang tak penting tu letak tepi dulu…

Baca: “Doakan Keamanan Malaysia Terus Kekal” – Perdana Menteri Mohon Jemaah Haji Doakan Negara 

Haj 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.