in

“Jauhnya ambil vaksin” – [VIDEO] Netizen Terkejut Remaja Ambil Vaksin Sampai Luar Negara, Rupanya…

Ft Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia dianggap negara yang lewat memulakan program vaksinasi namun Malaysia telah mengungguli kadar vaksinasi global dan menunjukan prestasi yang lebih baik daripada beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.


Pada 9 Ogos yang lepas, Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata pelajar yang berumur 17 tahun yang ingin  melanjutkan pelajaran ke luar negara boleh memohon vaksin dengan kebenaran ibu bapa. Lapor Berita Harian.

Semalam, tular satu video di Tiktok di mana seorang remaja perempuan bersama abangnya mengambil vaksin di luar negara.

@sabrinabalkhishah

my arm is still sore from the vaccine ?

♬ original sound – ?

“Siapa lelaki tu?”

Dalam perkongsian @sabrinabalkhishah, dia telah memuat video di akaun Tiktok miliknya yang menunjukkan perjalanan dia bersama abangnya dari Penang menuju ke Amerika Syarikat untuk mengambil vaksin yang pertama.

Video itu telah menimbulkan tanda tanya netizen yang menonton video tersebut. Ada yang memberi andaian bahawa Sabrina dan abangnya merupakan golongan ‘kayangan’ kerana mereka mampu mengambil vaksin di luar negara. Tak baik tuduh-tuduh tau.

“Patutla dapat vaksin dekat sana”

Tapi sebenarnya, Sabrina pergi ke Amerika Syarikat bersama keluarganya walaupun dalam video tersebut dia hanya tunjuk abangnya sahaja. Mereka dapat vaksin di luar negara sebab dia merupakan salah seorang pelajar Malaysia yang belajar di sana. Jadi dia mendaftar vaksin dekat sana la.

Video pendek tersebut telah mendapat lebih daripada separuh juta tontonan di akaun Tiktoknya. Melihat pada akaun tiktoknya, dia jarang memuat naik video hanya setahun sekali saja berdasarkan tarikh pada setiap videonya. Nampak sangat dia busy study. 

Lepas ni jangan nak main tuduh-tuduh je, selidik dulu baru judge okay!

Baca: “Terlalu rindu” [VIDEO]  Wanita Kongsi Momen Interview Suami Sendiri Di PPV Rupanya Ada Kisah Sedih Disebaliknya

Kisah E1629359513221

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.