in

Jasmine Richardson: Bunuh Seluruh Ahli Keluarga Pada Usia 12 Tahun Tapi Dibiarkan Bebas

Collage 11

Biasanya kalau bercakap pasal pembunuh, korang bayang apa? Walaupun jarang kita dengar pasal pembunuh perempuan, kita lagi tak expect kanak-kanak boleh jadi pembunuh.

So, kali ini admin nak cerita pasal seorang pembunuh paling muda dalam sejarah Kanada dan apa yang mengejutkan, dia bunuh seluruh ahli keluarganya dengan kejam ketika dia baru saja berusia 12 tahun!

Macam mana pada usia sekecil ni, budak perempuan ni boleh tergamak mengajak teman lelakinya untuk membunuh ibu bapa dan adiknya yang masih kecil? Bukan tu saja, lepas dia buat kekejaman ni, dia boleh dibiarkan bebas dan hidup bersama masyarakat.

Perubahan Karakter Jasmine Richardson Selepas Berjumpa Jeremy Steinke

Young Richardson
Sumber: blog

Sebelum Jasmine Richardson menemui teman lelakinya, dia digambarkan sebagai seorang yang happy-go-lucky dan suka bersosial. Namun, segalanya berubah bila dia menemui Jeremy Steinke yang berumur 23 tahun di sebuah konsert Punk Rock ketika dia berusia 11 tahun.

Sejak itu dia mula terjebak dengan gaya hidup gothic dan mula memakai makeup gelap untuk nampak lebih berusia dan menjadi member website VampireFreaks.com.

Kehidupan Jeremy pula tak seindah Jasmine, dia sering dibuli di sekolah dan sering menganggap dirinya sebagai serigala jadian yang telah hidup selama 300 tahun dan pernah cuba untuk membunuh diri.

Apabila ibu bapa Jasmine, Marc dan Debra mengetahui tentang hubungan cinta anak mereka dengan lelaki yang 11 tahun lebih tua darinya. Mereka melarang anak perempuan mereka ini untuk berjumpa Jeremy dan meneruskan hubungan mereka.

Motif, Perancangan & Pembunuhan

4076482
Sumber: blog

Marc dan Debra berusaha untuk memisahkan pasangan ini dengan memarahi Jasmine, mengurung anak mereka ini di rumah dan melarang dia untuk berjumpa Jeremy. Pada Jasmine, semua ini cukup menjadi sebab untuk ibu bapanya mati.

Bengang dengan tindakan ibu bapa Jasmine yang cuba untuk menghalang percintaan mereka, Jeremy telah menulis sesuatu di blognya:

“Pembayaran! Ibu bapa kekasih aku sangat tak adil; mereka kata mereka kisah tapi mereka tak tahu apa-apa, hanya tahu agak saja. Aku nak kelar leher mereka supaya dorang diam. Darah mereka akan jadi bayaran!”

Tapi, menurut laporan polis, rancangan untuk membunuh Marc Dan Debra datang dari Jasmine. Di dalam emelnya, dia memberitahu teman lelakinya tentang rancangan jahatnya itu.

Kita mula dengan aku bunuh dia dan berakhir dengan kita hidup bersama.”

Jeremy yang teruja dengan idea kekasihnya ini membalas: “Aku suka rancangan tu tapi kita kena jadi lebih kreatif dengan perincian dia.”

Bukan tu je, Jasmine juga memberitahu kawan-kawannya tentang perancangan dia untuk membunuh ibu bapanya tapi sama ada mereka tak percaya atau dia bergurau.

Sehari sebelum hari kejadian, pasangan ini telah menonton filem tahun 1994 Natural Born Killers. Kemudian, pada 23 April 2006, di rumah ibu bapa Jasmine di kawasan perumahan yang sunyi, Jasmine dan Jeremy meneruskan perancangan mereka.

Richardsons
Sumber: blog

Pada malam tragedi ini, Jeremy telah menyerang Debra dengan menikam wanita ini sekurang-kurangnya 12 kali dan diteruskan dengan menyerang Marc. Bapa ini cuba melawan balik dengan menggunakan pemutar skru tapi dia juga ditikam hingga mati.

Pembunuhan mereka tak berakhir di situ, mereka naik ke bilik adik lelaki Jasmine, Jacob dan remaja ini telah menikam adiknya yang berusia 8 tahun di dada sebelum Jeremy mengelar lehernya.

Dua jam selepas kematian ibu bapa dan adiknya, Jasmine dan Jeremy kelihatan sedang bergurau senda dan bermanja-manja di restoran berdekatan.

Keesokan harinya, seorang jiran memberitahu media tempatan, seorang budak berusia 6 tahun yang dalam perjalanan ke rumah rakannya, Jacob terlihat mayat seseorang di tingkap dan berlari ke rumah untuk memberitahu ibunya sebelum menelefon pihak polis.

Inspektor Brent Secondiak tiba di tempat kejadian dan melihat tingkap rumah tersebut dan melihat seseorang terbaring di atas lantai. Dia menelefon pegawai polis lain dengan harapan keluarga ini masih boleh diselamatkan.

Namun, tak ada sorang pun di rumah tersebut yang hidup; Marc, Debra dan Jacob Richardson semuanya mati dibunuh dengan kejam. Seorang lagi ahli keluarga Richardson, Jasmine tak kelihatan di tempat kejadian.

Risau dengan keselamatan Jasmine, pihak polis telah mengeluarkan statement mencari anak perempuan keluarga ini sebelum menemui bukti di bilik budak ini dan menyedari dia merupakan suspek utama.

Jasmine dan Jeremy berada 100 batu jauh dari rumah mereka ketika mereka ditahan dan didakwa dengan tiga dakwaan pembunuhan.

Tahun 2007, apabila mahkamah tanya sebab dia membunuh ibu bapa dan adiknya, Jasmine berkata dia terlalu sayangkan Jeremy dan perkara ini dapat menyatukan mereka.

Jasmine didapati bersalah dan diberikan hukuman maksimum sebagai seorang remaja iaitu enam tahun dipenjara diikuti dengan empat tahun pengawasan di komuniti.

Tahun 2008, Jeremy dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol selama 25 tahun. Pasangan ini saling berutus surat semasa dipenjara dan berjanji untuk berkahwin satu hari nanti. Dalam surat-surat ni, tak ada satu pun tunjuk yang dorang menyesal dengan perbuatan tersebut.

Jasmine Richardson dibebaskan

Jasf
Sumber: blog

Jasmine telah menjalani pemulihan ekstensif san rawatan semasa dihukum. Pakar psikiatri mendedahkan yang dia mempunyai masalah tingkah laku.

Pada tahun 2016, Jasmine dibebaskan dari penjara dan pegawai percubaannya hanya mampu memberi nasihat padanya.

“Awak dah tak boleh nak ubah apa yang berlaku pada masa lalu, tapi awak boleh hidup dengan percaya yang awak boleh kawal diri sendiri.”

Harapnya Jasmine dah berubah dan tak melakukan apa-apa perkara yang membahayakan nyawa orang disekelilingnya.

 

Baca: Joe Metheny : Pembunuh Bersiri Yang Jual Burger Pakai Daging Manusia

Screenshot 2019 06 13 At 4.35.43 Pm