Janna Nick Dikecam Gelakkan Cara Ashraf Muslim Buang Saka Dari Badannya

Tambah ke Sumber Pilihan
Janna Nick Dikecam Gelakkan Cara Ashraf Muslim Buang Saka Dari Badannya

Pelakon dan pengacara Janna Nick kini sedang menjadi tumpuan apabila kisah misterinya dalam satu sesi podcast bersama pelakon Safwan Nazri tular sejak kebelakangan ini.

Janna mendedahkan bahawa rakan pelakon, Ashraf Muslim pernah membantunya untuk membuang saka yang dikatakan ada di dalam badannya.


Artikel berkaitan : “Pelakon tak boleh nangis depan kamera” – Janna Nick Bagi Lawak Sarkastik Masa Intro Bella Astillah Di TikTok Awards

Artikel berkaitan : “Itu ikut isu semasa ketika itu” – Janna Nick Perjelas Isu Video Dikatakan ‘Sindir’ Ruhainies

Dalam podcast tersebut, Janna menjelaskan bahawa Ashraf Muslim ada mendedahkan berkenaan saka tersebut, Janna yang pada ketika itu rasa was-was dengan pendedahan tersebut membenarkan Ashraf untuk ‘menghalau’ saka tersebut setelah pelakon lelaki itu meminta izin kepadanya.

Katanya, Ashraf ada berpesan kepadanya jika saka itu tidak dibuang, ia akan meresap ke dalam darah yang mana dia akan sakit dan jadi susah untuk terima ilmu agama.

Ketika Janna menceritakan hal tersebut, Janna mengatakan ia satu peristiwa yang agak melucukan baginya setelah melihat aksi Ashraf Muslim menghalau saka tersebut kerana ia tidak seperti apa yang Janna sangkakan iaitu mungkin dirinya akan histeria.

Malah, Janna juga ketawa ketika berada di dalam kereta setelah rawatan tersebut dijalankan.

Perkongsian tersebut viral di TikTok dan rata-rata netizen mengecam tindakan Janna yang mereka anggap memandang remeh dengan bantuan yang diberikan oleh pelakon Asraf Muslim.

Janna Screenshot 2024 08 26 131155 Screenshot 2024 08 26 131353

Biarpun begitu, Janna ada menjelaskan sejak saka itu dibuang, hidupnya jadi lain apabila kerap diganggu dengan perkara aneh. Malah jika ditonton video penuh di YouTube, cerita ini masih belum diselesaikan dan akan ada sambungan menyusul.

Jadi, sabar dulu dan jangan cepat buat andaian mungkin ada perkara yang Janna nak kongsikan kepada kita nanti.

Sumber : TikTok, YouTube

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Janna Nick Dikecam Gelakkan Cara Ashraf Muslim Buang Saka Dari Badannya
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/janna-nick-dikecam-gelakkan-cara-ashraf-muslim-buang-saka-dari-badannya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM