in

Janjikan Kerja Sambil Bercuti di Switzerland Bergaji RM15,000 Rupanya Pasport Wanita Ini Dijual Sindiket

Page 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sindiket yang menawarkan pakej pekerjaan sambil bercuti ke Switzerland terbongkar baru-baru ini selepas mangsa mendapati pasport mereka telah dijual sindiket itu pada harga RM2000 setiap satu.



Salah seorang mangsa bernama Tan memberitahu dia menjadi teruja selepas mendapat tahu pakej yang ditawarkan. Selain tempat penginapan dan makanan percuma, pekerjaan itu juga menawarkan gaji sebanyak RM15,000 sebulan.

 Reactions Money Goals Cash Rich Gif
Tertarik dengan ‘umpan’ tersebut, Tan yang juga seorang ahli perniagaan mendaftarkan diri dan memberikan sindiket itu maklumat peribadinya termasuk pasport serta salinan kad pengenalan berwarna.

Saya yakin pekerja saya boleh terus bantu menjalankan perniagaan, jadi saya mahu ambil peluang keemasan ini untuk mengembara dan pada masa yang sama mendapat wang yang banyak,” kata Tan.

Wanita itu turut mendedahkan bahawa sindiket berkenaan akan berjumpa mangsa-mangsa dengan cara yang berlainan, lapor World of Buzz.

Sebagai contoh, pada 22 Januari, sindiket itu mengadakan satu perjumpaan di sebuah kafe di Puchong, Selangor untuk mendapatkan pasport serta butir-butir peribadi mangsa. Menurut Tan, pada ketika itu terdapat lebih kurang 20 orang yang hadir dan dia percaya mereka juga telah mendaftarkan diri untuk pakej yang sama.

Kemudian, ‘orang tengah’ memberitahu kesemua mangsa untuk berkumpul di Johor pada 5 Mac supaya mereka boleh menaiki penerbangan ke Switzerland dari Singapura keesokan harinya.

Rupa-rupanya, ‘orang tengah’ itu juga turut sama menunggu bersama kesemua mangsa di lapangan terbang sehingga ke petang. Kemudian mereka diberitahu bahawa pasport dan dokumen penting yang lain hilang, jadi penerbangan terpaksa ditunda.

Kesemua mangsa pulang ke rumah sebaik sahaja mendapat khabar berita itu dan menunggu arahan seterusnya kecuali Tan dan tiga orang lagi mangsa yang dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Mereka kemudian segera membuat laporan polis.

Ketika sudah pulang ke Kuala Lumpur, satu khabar angin telah membuka matanya.

Saya dengar ada orang menjual pasport dan sedang mencari pembeli yang berminat. Mereka mempunyai 300 pasport pada ketika itu,” katanya.

Dengan bantuan rakannya, Tan menyamar menjadi seorang pembeli dan menghubungi penjual pasport itu. Dia juga menerima gambar menunjukkan susunan pasport sebagai jaminan bahawa mereka memang memiliki 300 pasport. Harga yang ditanyakan bagi setiap pasport pula adalah RM2000.

Pasport
sumber: kwongwah

Tanpa menunggu lebih lama, Tan dan penjual itu bersetuju untuk berjumpa di Kuala Lumpur. Alangkah terkejutnya Tan apabila mendapat tahu lelaki yang muncul pada ketika itu adalah ‘orang tengah’ yang sebelum ini menguruskan pakej pekerjaan sambil bercuti tersebut.

Dap
sumber: kwongwah

Menurut Tan, mereka berempat kini sedang meminta bantuan daripada ADUN DAP Temiang, Ng Chin Tsai kerana polis dilaporkan tidak memfailkan kes itu dan meminta mangsa untuk mengupah peguam serta menyelesaikan kes ini di mahkamah. Lahhh, kenapa pulak.

Hati-hati lah ye, lelaki tersebut masih belum tertangkap. Jangan mudah terpedaya jika diumpan dengan wang tunai sebanyak itu!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.