Jenama telefon iPhone sudah tidak asing lagi bagi penggemar dan peminatnya kerana jenama ini memang mempunyai keistimewaannya tersendiri berbanding dengan jenama telefon yang lain. Mungkin bagi penggemar iPhone confirm akan menukar jenis telefon setiap keluaran terbaru release.
Sekarang ada banyak online seller yang dah jual iPhone dengan harga yang murah di media sosial lagi-lagi di Instagram. Segelintir individu lebih gemar untuk beli handphone online berbanding terus walk-in kedai itu sendiri.
Menurut laporan Harian Metro, hasrat seorang lelaki berumur 22 tahun yang bekerja sebagai juruteknik di Kuantan untuk memiliki iPhone 11 tidak kesampaian malah dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 22,750 lepas ditipu oleh seorang lelaki di Instagram.
Kejadian pada awalnya mangsa melihat iklan handphone berkenaan di Insatgram dan berhasrat untuk membelinya dengan harga RM 1350.
Untuk mendapatkan telefon berkenaan, mangsa perlu transfer duit sebanyak 6 kali kepada 2 akaun berbeza konon untuk pelbagai tujuan sehingga jumlah keseluruhan jumlah wang sebanyak RM 22,750.
Wehh dia tak sedar ke duit banyak tu dia dah transfer ?
Namun, suspek meminta mangsa membuat lagi pembayaran dan sehingga mangsa sudah kehabisan wang untuk transfer ke akaun yang diberikan.
Oleh itu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan untuk tindakan selanjutnya.
Kenapa dia tak beli direct kat kedai eh ?