Andaikata kalau kita terdesak nak beli handphone baru, mungkin sebab rosak hilang ataupun nak dah lama sangat lebih baik berhati-hati kalau nak membeli secara atas talian.
Kadang-kadang kalau nampak influencer atau artis buat review tak tahu lah boleh percaya atau tidak, buktinya Zarina Anjoulie sendiri dedahkan bahawa ada sahaja kedai yang di promote oleh instafamous yang di review artis itu tak betul.
Haihh ingatkan produk timbang kilo je yang overclaim, handphone pun ada yang overclaim eh? Nak tahu apa yang diaorang cakap?
Handphone terus dari kilang
Kalau korang perasan handphone iPhone ni banyak dijual di Instagram bahkan ada yang dijual dengan begitu murah dan tak terjangkau di akalnya.
Jadi, Anjoulie gesa untuk jangan percaya kerana, dakwaan segelintir peniaga di alam maya yang mengatakan dapat terus dari kilang itu hanyalah tipu-tipu belaka.
Harga murah yang ditawarkan itu tak logik sama sekali.
https://twitter.com/thefaizzainal/status/1258262635134324736
Seramai lebih daripada 4,000 netizen yang retweets ini sokong dan setuju dengan kata-kata Anjoulie.
Kes ini wujud apabila Zarina dikatakan enggan membuat review untuk satu IG Shop ni dan mula pertelingkahan, kita semua kenal Anjoulie ni seorang yang lantang dalam memberikan pendapat, jadi dia begitu berani mendedahkan jika ada perkara yang dilakukan oleh segelintir pihak itu tak betul menerusi Instagram.
Malah dalam video di bawah ini juga Anjoulie jelaskan bukti bagi setiap perincian pasal penipuan ini untuk membuka mata netizen.
https://www.instagram.com/p/CAHtf9Gn6Bo/
Macam ada netizen kata dekat ruangan komen, biarlah bayar bulan-bulan daripada beli di tempat yang tak tentu pasal dan tak tahu kesahihannya.