in

“Parents budak ni ada masalah” – Wanita Ini Sanggup Jual Anak Sedara Demi iPhone 11

Feature Image Jual Anank E1659840879692

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa benda paling gila korang pernah buat untuk dapatkan model terbaru Apple iaitu iPhone 11? Sekarang macam dah jadi trend untuk orang ramai saling bersaing menggunakan telefon pintar terbaru keluaran Apple itu.


Terbaru, seorang wanita telah dilaporkan menukarkan anak sedaranya yang berusia 2 tahun untuk sebuah iPhone 11. Huh? Biar betul?

Wob2
Sumber: world of buzz

Menurut World Of Buzz, wanita yang dikenali sebagai Hanh, telah diberikan kepercayaan oleh saudaranya untuk menjaga anak saudara yang berusia dua tahun. Kanak-kanak itu dikenali sebagai Ng.

“Kenal dekat Facebook, lepastu percaya bulat-bulat nak serahkan budak tu”

Kejadian ini bermula apabila Hanh telah berkenalan dengan seorang wanita di laman Facebook yang dikenali sebagai Vinh. Dia kemudian menghubungi wanita tersebut menggunkan Facebook massenger dan dalam perbualan mereka itu, dia juga sering memuji kecomelan anak saudaranya itu.

Tambahnya lagi, Hanh memberitahu bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak itu sangat bermasalah. Ibunya seorang penagih dadah dan kaki judi, manakala bapanya seorang yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, mereka berdua ada bercadang untuk meninggalkan Ng ke kuil bagi di jaga oleh orang lain.

Disebabkan percaya dengan tipu helah yang digunakan itu, Vinh bersetuju untuk mengambil Ng sebagai anak angkat dan sebagai pertukaran, Hanh meminta sebuah iPhone 11 dan wang ringgit. Mereka berdua mempersetujui perjanjian tersebut.

A
Sumber: google

Semasa hari kejadian, Hanh pergi ke rumah neneknya untuk mengambil kanak-kanak tersebut dan memberi alasan ingin membawa Ng pergi bersiar-siar. Namun sebenarnya, dia ingin membawa Ng pergi berjumpa Vinh.

Vinh telah memberi 1.5 juta VND (RM270) untuk tambang teksi dan sebuah iPhone 11 kepada Hanh sesuai dengan perjanjian mereka.

Bila sampai sahaja di rumah, neneknya bertanya akan keberadaan Ng. Lalu Hanh menipu sekali lagi dengan mengatakan bahawa kanak-kanak itu sudah di hantar pulang ke rumahnya.

Bagi tidak mahu menimbulkan curiga, Hanh telah membuat laporan polis yang mengatakan kanak-kanak itu telah hilang.

Wob
Sumber: world of buzz

Namun, setelah polis melakukan siasatan dan bertanya beberapa soalan kepada Hanh, akhirnya dia sendiri mengaku yang dia menjual anak saudaranya itu kepada Vinh.

Vinh juga di panggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan dan Hanh telah di tahan bagi membantu dalam siasatan. Manakala kanak-kanak itu sudah di pulangkan semula kepada ibu bapanya.

Ish! Suka-suka je tau jual anak orang. Dah la jual cuma untuk iPhone je. Kalau nak sangat iPhone tu, kena lah kerja untuk cari duit and pergi la beli iPhone tu sendiri.

 

Baca: “Mak bapak dia mampu” – Keputusan UPSR 5A, Minta iPhone Tak Dapat Tapi Parents Bagi RM10,000

C

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.