Gara-gara menurunnya prestasi permainan bola sepak Safawi Rasid, timeline media sosial semalam tiba-tiba kecoh apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kekasih Safawi, Syifa Melvin katanya saling berbalas perlian di Instagram.
Netizen yang turut serta dalam perbalahan ni semalam sempat men’troll’ Syifa sebagai pisau cukur kerana telah dibelikan 2 buah Iphone 11 Pro Max oleh Safawi termasuklah sebuah handbag berjenama.
“B*t* la Pawi report dekat boss makwe paksa kahwin. Belakang makwe dating dengan orang lain”
Namun hari ini, Safawi pula jadi target netizen apabila ada individu di Twitter mendakwa rupanya pemain bola sepak ini curang di belakang kekasihnya, Syifa.
Tak cukup dengan itu, tindakan Safawi mengadu masalah peribadinya kepada TMJ juga jadi persoalan.
Posting ini mendapat sokongan netizen yang mengakui kebanyakan pemain bola sepak tempatan bersikap ‘playboy’ dan sangat terkenal di kalangan wanita.
“Padahal bunga keliling pingang. Tu pasal fokus ke mana”
Tak cukup dengan itu, netizen siap bongkar lagi ‘skandal-skandal’ Safawi sebelum ini yang terdiri daripada golongan selebriti. Boleh tahan ramai juga ye.
Menurut netizen, mungkin sebab inilah fokus Safawi kian ‘lari’ sebab kebanyakannya diberikan kepada masalah hubungan cinta dan gadis-gadis tersebut.
Haih min pun tak tahu lah nak cakap apa tentang si Safawi ni. Korang rasa macam mana? Komen sikiittt…