in

“Janganlah aku mati macam ni Ya Allah” – Gadis Kongsi Pengalaman Hampir Maut Accident, Tapi Diselamatkan Hanya Kerana Pakai Seat Belt

Seat Pinggan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Janganlah aku mati macam ni Ya Allah" - Gadis Kongsi Pengalaman Hampir Maut Accident, Tapi Diselamatkan Hanya Kerana Pakai Seat Belt
Loading
/

Malang tak berbau. Siapa dapat menduga kemalangan yang bakal menimpa diri kita? Disebabkan hal inilah kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan terutamanya kalau memandu di jalan raya.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Bella ini bersyukur nyawanya terselamat daripada kecelakaan jalan raya. Semua ini disebabkan langkah-langkah keselamatan yang diambilnya untuk memakai seat belt atau tali pinggang keledar! 


 

“Please wear seat belt guys, kalau aku and bf tak pakai masa tu maybe kita orang dah takde” 

Menurut Bella, dia amat bersyukur Allah masih panjangkan umur dan menyelamatkan nyawanya daripada kemalangan yang dahsyat. Keretanya didakwa telah termasuk ke bawah lori dan berpusing-pusing hingga terbalik di atas jalan raya. 

Mujurlah dia dan teman lelaki pada ketika itu terselamat kerana memakai seat belt. Mereka juga maklumkan kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya NKVE yang menghala ke Shah Alam / Klang semalam.

Selamat 1

D0Hjpf9Vyaacjhh

D0Hjqxjvsaaupez

D0Hjrabuyaazen9

Selamat 2

D0Hkc9Zuwaa1Jvs

D0Hkdd Vaaaoqpv

D0Hkeiwuuaaej V

D0Hkeravaaahin8
sumber: twitter

 

“Sumpah seram sebab ada satu lagi lorry treler nasib tak langgar kita orang yang tengah berpusing” 

Selamat 3

Selamat 4
sumber: twitter

 

“Tuhan dah bagi amaran dah tu… mungkin aku terlalu leka dengan dunia” 

D0Ktjijucaaiu3C

D0Lvounv4Aarrdj

Selamat 5
sumber: twitter

 

“Seat belt pun selamatkan saya juga” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ini mengaku tali pinggang keledar juga telah selamatkan mereka daripada kemalangan yang dahsyat. Sebab tu lah kerajaan banyak kali highlights kepentingan pakai seat belt ni. Apa-apapun syukur kepada Allah nyawa mereka ini semua masih panjang.

Seat Belt
sumber: twitter

Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Moga-moga kisah ini jadi pengajaran kat mereka luar sana untuk jangan abaikan penggunaan seat belt dalam kereta. 

Baca: Tak Kisah Basah Lencun, Cikgu Berbaju KRS Terus Terjun Dalam Parit Nak Selamatkan Mangsa Kemalangan

Krs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.