in

“Jangan sesuka hati overclaim”- Dr Rafidah ‘Sound’ Wanita, Lepas Suka Hati Claim Water Filter Mampu Cegah Penyakit Buah Pinggang

Featured 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah yang memang terkenal dengan kelantangannya dalam menegur selain menyalurkan informasi yang berguna dan tepat kepada masyarakat.


Rasanya korang pun dah biasa ikut perkembangan Dr Rafidah yang acapkali ‘sound’ peniaga atau usahawan terutamanya yang menjual produk kecantikan dan kesihatan yang suka-suka hati memberikan ‘fatwa’ tidak tepat asalkan pengguna membeli dan mereka pun dapat duit..well golongan macam ni memang ramai pun.

Terbaharu menerusi catatan twitternya, Dr Rafidah telah mempersoalkan kenyataan seorang individu yang dipercayai seorang jurujual alat penapis air terkenal, yang mengatakan bahawa alat penapis air boleh menyelamatkan buah pinggang.

Dr Rafidah 1
Sumber : twitter

Status tersebut mendapat 2.7k retweets dan 1.8k likes sejak ia dimuatnaik petang semalam.

Mungkin netizen bersetuju dengan kenyataan Dr Rafidah dan mereka dah muak dengan ‘ayat-ayat’ manis geng penjual produk ni yang sesuka hati claim produk mereka boleh menyembuhkan sesuatu penyakit.

Sebenarnya semua ni bermula apabila penjual tersebut meninggalkan komen di twitter seorang netizen yang menyatakan dia meminum air paip yang dimasak berbanding guna penapis air yang dikatakan mahal sebab perlu bayar bulan-bulan.

Status Netizen

Beli Coway

So disebabkan kenyataan diatas inilah Dr Rafidah merasa terpanggil untuk bagi pandangannya supaya tak ramai yang tertipu dengan ‘status’ tersebut.

That’s why Dr Rafidah minta penjual alat penapis air tersebut untuk tunjukkan bukti atau kajian yang boleh menjawab segala ‘statement’ yang disampaikannya itu.

Malah dia turut setuju dengan thread seorang netizen ni.

Dr Rafidah Komen Balas

Yang penting kenyataan ‘laser’ Dr Rafidah bukannya syok sendiri sebab rata-rata netizen sokong dengan apa yang dipersoalkan oleh Dr Pakar Buah Pinggang itu.

Malah ada antara mereka berkongsi pengalaman menggunakan alat penapis air dari jenama terkenal tersebut, siap ada yang pernah terbakar lagi.

1 2
Sumber : twitter

2 2

4

Sebagai pengguna, kita perlu bijak dalam membuat sesuatu keputusan, jangan sebab bila kata elok terus beli tanpa ‘study’ pasal produk atau apa yang dijual itu.

Baca : Jual Buah Pinggang RM13,000 Untuk Beli iPhone 4, Sekarang Tak Pasal-Pasal Jadi Lumpuh!

Jual Kidney Beli Iphone

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.