in

Jual Buah Pinggang RM13,000 Untuk Beli iPhone 4, Sekarang Tak Pasal-Pasal Jadi Lumpuh!

Jual Kidney Beli Iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab nak pakai gajet terkini, seorang lelaki sanggup jual buah pinggang dia untuk dapatkan duit nak beli iPhone. Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian berlaku 7 tahun lepas dan Xiao Wang baru berusia 17 tahun pada ketika tu.

Masa tu, iPhone 4 baru saja dilancarkan dan seperti orang lain, Xiao juga taknak ketinggalan untuk miliki smartphone terkini di pasaran. Tengah jiwa remaja kan….


Kidney 2
gambar hiasan

Lagi buat dia membuak-buak nak beli sebab, dekat sekolah dia siapa yang pakai iPhone 4 tu dikira ‘have have‘ lah. Tapi, apa yang jadi halangan untuk Xiao dapatkan smartphone tu adalah latar belakang keluarga dia yang miskin. Jadi, ibu bapa dia tak mampu nak belikan untuk XIao.

Gila sangat nak beli iPhone 4, Xiao terus cari jalan untuk dapatkan duit secara cepat untuk membolehkan dia miliki smartphone tu. Pada masa tu, dia dapat maklumat yang manusia boleh hidup dengan hanya satu buah pinggang saja. So, dia pun terfikir,

“Satu buah pinggang dah cukup untuk saya, kenapa perlu ada lagi satu? Apa kata saya jual je?”

So, dia pun pergi bertanya sana sini untuk jual buah pinggang dan jumpa satu hospital illegal yang buat prosedur tu. Xiao ditawarkan 22,000 Yuan (lebih kurang RM13,000) untuk buah pinggang dia, and of course jumlah tu lebih dari cukup untuk dia beli iPhone, jadi dia pun bersetuju.

Xiao terus pergi ke Chenzhou, China dari rumah dia dekat Anhui untuk buat pembedahan dan lepas selesai, dia terus pergi dapatkan iPhone 4 tu. Orang yang deal dengan Xiao and hospital tu ada bagitau yang keadaan dia akan normal semula lepas satu minggu dari pembedahan, tapi semuanya bertukar jadi mimpi buruk.

Kidney 3

Kidney 4
sumber: youtube

Dah nama pun hospital illegal kan, persekitaran kawasan tak dibersihkan dengan elok menyebabkan luka Xiao terkena jangkitan. Tapi, Xiao masih sembunyikan hal tu daripada ibu bapa dia dan mereka cuma dapat tahu bila dia dah dalam keadaan yang teruk.

Bila dibawa pergi hospital yang sah, masa tu buah pinggang Xiao dah teruk akibat jangkitan tu. Mulai saat itulah, Xiao terlantar atas katil saja. Dan ibu bapa Xiao pula terbeban untuk bayar kos hemodialisis dia. Kan dah menyusahkan ibu bapa pula!

Kidney 5
sumber: seehua

Nasib baik orang tengah dengan hospital illegal tu dah dijatuhi hukuman oleh mahkamah dan keluarga Xiao berjaya dapat duit yang banyak daripada pampasan. Tapi, pampasan tu tak dapat kembalikan kesihatan Xiao pada yang asal. Nasi dah jadi bubur, Xiao dah jadi lumpuh sejak 7 tahun lepas dan kebanyakan masa dia dihabiskan terlantar atas katil saja.

Korang janganlah buat benda pelik macam ni. Kesihatan tu jauh lebih penting daripada trend yang dikejar-kejar…

Baca: Survey Menunjukkan Pengguna iPhone Paling Miskin, Orang Kaya Pilih Huawei

Ipone Vs Huawei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.