Bermula tengah malam tadi menyaksikan rakyat bebas untuk merentas negeri sebermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos depan.
Sempadan Sungai Bernam-Tanjung Malim iaitu sempadan negeri Selangor dan Perak menyaksikan ada masyarakat yang menantikan saat-saat sempadan itu dibuka semula oleh pihak berkuasa.
Meriah macam opening ceremony. Sempadan Sg Bernam-Tg Malim yg memisahkan Selàngor dan Perak dibuka tengah malam tadi sempena PKPP.
https://www.facebook.com/FABDRTV/posts/713306762805320
Dalam video berdurasi 44 saat itu dalam dilihat ramai yang menunggu sempadan Sungai Bernam dan Tanjung Malim dibuka, dan sejurus ia dibuka berduyun-duyun melalui kawasan tersebut sambil membunyikan hon masing-masing.
Malah laluan tersebut kembali menjadi sibuk dengan kenderaan yang sebelum ini lengang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jangan terlalu seronok, kena inggat, Corona Virus belum berakhir, ada dimana mana…
Namun ada yang mengingatkan supaya tidak terlalu merasa gembira dan bebas kerana bahaya Covid-19 masih ada dan berharap kelonggaran diberikan kerajaan ini digunakan sebaik-baiknya.
Gunakan kelonggaran yang diberi ni sebaik- baiknya, pada masa sama patuhi SOP dan ikut segala saranan kerajaan
Baca : Boleh melancong!; [RASMI] Kerajaan Benarkan Pelancongan Domestik Bermula 10 Jun