Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). PKPP akan bermula secara rasmi pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020
Dalam ucapan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan kebenaran rentas negeri dan aktiviti sukan. Banyak juga aktiviti lain dibenarkan dan diberi kelonggaran dengan syarat SOP dipatuhi termasuklah aktiviti pelancongan.
Dalam ucapan itu juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan sektor pelancongan untuk beroperasi dan rakyat Malaysia dibenarkan untuk melancong secara domestik.
Bestnya lepas ni boleh melancong macam biasa dah. Tapi jangan lupa SOP ye, jaga jarak dan pakai face mask. Selamat melancong!
Baca: KKM Sedia Tamatkan PKPB Jika Kes Baharu Kekal 2 Digit