in

“Jangan sekat imaginasi anak” – Lelaki Kongsi Perkara Sebenar Disebalik Permainan Kegemaran Anak-Anak

Featured Image Permainan Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni kalau korang perasan, anak-anak kecil sudah mempunyai minat yang agak luar biasa.


Ada sesetengah daripada mereka yang mempunyai minat dan hobi tak kurang lagaknya sama seperti orang dewasa.

Baru-baru ni tular di Facebook mengenai minat kanak-kanak terhadap sesuatu permainan dan maksud psikologi di sebaliknya.

Wow 9 permainan yang menurut pakar kanak2, dapat membantu imaginasi dan perkembangan anak2 anda utk membesar menjadi…

Posted by Pakar diari hati on Sunday, January 19, 2020

Jangan sekat imaginasi anak-anak!

Menurut @EddyRusdi81 individu yang memuat naik 9 jenis permainan dan psikologi disebaliknya, meminta supaya ibu bapa tidak menyekat minat dan imaginasi anak mereka.

Hal ini kerana, menurut kajian, anak-anak yang gemar bermainan dengan permainan ini mempunyai tahap kepintaran yang hebat.

1. Permainan Dinosaur

En1Ic Zvaaamgwb
Sumber: twitter

Kanak-kanak yang suka dengan permainan dinosaur mempunyai daya berfikir yang kuat kerana mampu menghafal nama-nama dinosaur yang boleh dikatakan agak panjang dan berbelit. Admin pun kadang-kadang terbelit lidah nak menyebutnya.

2. Permainan Bulldozer

En1Jg3Eu4Aa7Ga3
Sumber: twitter

Bagi kanak-kanak yang suka dan gemar dengan permainan bulldozer, mereka sebenarnya mempunyai daya ketahanan diri yang kuat. Bukan itu sahaja, mereka juga suka akan perkara yang lasak dan bijak berdikari. Jika dia minat melihat bulldozer yang sebenar (bukan permainan) dia selalunya seorang yang minat teknikal.

3. Permainan Barbie Doll

En1Jqojvuau3Hvg
Sumber: twitter

Permainan Barbie Doll lebih sinonim kepada anak perempuan. Bagi kanak-kanak yang suka bermainan permainan ini, mereka sebenarnya mempunyai keperibadian yang lembut, manja, dan suka menghiaskan diri. Selain itu, mereka juga seorang yang meminati seni dan kreatif.

4. Permainan Kapal Terbang

En1Khmyuyaap5S5
Sumber: twitter

Bagi kanak-kanak yang gemar akan permainan kapal terbang, mereka sebenarnya seorang yang bijak menghafal dan sukakan teori.

5. Permainan Kereta

En1Lkluvuac2P16
Sumber: twitter

Kanak-kanak yang meminati permainan jenis kereta, mereka sebenarnya seorang yang ceria dan mudah mesra. Bukan itu sahaja, apabila meningkat dewasa, minat mereka akan terarah pada bidang automotif dan mesin.

6. Permainan Memasak

En1Ly8Tuwaatv2F
Sumber: twitter

Anak-anak yang suka dengan permainan memasak sebenarnya seorang yang penyanyang, bertanggungjawab dan sensetif. Mereka juga kebiasaanya mempunyai imaginasi menjadi seorang chef.

7. Permainan Doktor

En1Mfbruyaekuq
Sumber: twitter

Kanak-kanak yang suka dengan permainan doktor sebenarnya merupakan seorang yang cepat matang. Mereka juga dikatakan suka membantu dan menolong orang lain serta mudah disenangi oleh masyarakat.

8. Permainan Muzik

En1Nlyqueaa13Fg
Sumber: twitter

Kanak-kanak yang minat dengan permainan muzik sebenarnya seorang yang kreatif dan minat teori. Apabila dewasa kelak, mereka akan menjadi pemuzik atau seorang yang terlibat dalam bidang profesional seperti doktor dan peguam.

9. Permainan Superhero

En69Fsjuyae80G1
Sumber: twitter

Kanak-kanak yang suka dengan permainan superhero sebenarnya seorang yang minat dalam benda mencabar. Mereka juga merupakan seorang yang berjiwa satria dan berminat dalam dunia pertahanan negara.

Ini antara sumber yang menjadi rujukan individu tersebut.

Korang dah baca? Hah anak-anak korang suka permainan yang macam mana?

 

Baca: “Kalau aku tahu, dah lama aku buat” – Budak 6 Tahun Buat Video Main Permainan Je Dah Boleh Beli Rumah Harga RM31 Juta

Bnglo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.