in

“Kalau aku tahu, dah lama aku buat” – Budak 6 Tahun Buat Video Main Permainan Je Dah Boleh Beli Rumah Harga RM31 Juta

Boram1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni YouTuber, Instafamous, influencer, memang boleh jadi pekerjaan tetap, in fact siap boleh dapat duit lagi banyak dari orang-orang macam kita yang kena pergi kerja dari pagi sampai petang ni. Tapi kena ada followers lah kalau tak, habuk pun takde…


Industri online ini berkembang pesat, lagi-lagi di Korea Selatan. Industri YouTube dah jadi sangat popular di sana sampaikan budak umur 6 tahun boleh beli rumah mewah dengan harga hampir RM31 juta dengan hanya buat video untuk YouTube saja. Gila betul

Boram Youtuber Cilik Youtube Ratio

Menurut Oriental Daily, Boram dan keluarganya ada dua channel YouTube, satu Boram Tube Vlog dengan langganan sebanyak 17.6 juta pengguna dan Boram Tube ToysReview pula mendapat langganan sebanyak 13.6 juta. Fuh hebat!

4259161

Kalau korang nak tahu, dua channel ni memegang syer pemasaran terbesar diantara channel YouTube di Korea dan jangkaan keuntungan yang keluarga Boram perolehi dari dua channel ni mencecah hampir RM12.7 juta sebulan! Pehhh

Kerana Boram ni baru saja berusia enam tahun, video yang dikeluarkan kebanyakannya ditujukan untuk penonton kanak-kanak. So, dia buat review permainan, aktiviti kanak-kanak dan benda-benda lain yang menarik minat kanak-kanak lain. Basically, dia main je mainan macam budak-budak lain lepastu buat editing menarik dengan sound effects BOOM kaya.

Bora

Dalam masa setahun sejak video pertama dimuatnaik, Boram dah jadi sangat popular sampai dia dan keluarganya mampu untuk membeli rumah agam lima tingkat berharga KRW9 billion (RM31 juta) di Cheongdam-dong, Gangnam, salah satu kawasan terkaya di Seoul!

20190723000579 0

Ramai rakyat Korea yang kagum dengan kejayaan Boram ini sampaikan dorang cakap Boram ni dah tak payah nak buat apa-apa dah bila besar nanti. Mana taknya, duit dah banyak tak habis makan sampai tua.

Hebat betul budak ni, ha lepas ni bila anak korang tengah main permainan tu, korang record je. Manalah tahu kan…

 

Baca: “Pangkat datin paduka pakai baju kurung RM50 je” – Netizen Puji Eina Azman Orang Kaya ‘Humble’

Screenshot 2019 07 25 At 2.56.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.