Jangan Risau, Ujian Swab Covid-19 Tidak Batalkan Puasa – Mufti Perlis

Tambah ke Sumber Pilihan
Jangan Risau, Ujian Swab Covid-19 Tidak Batalkan Puasa – Mufti Perlis

Sedar tak sedar kita dah nak masuk bulan Ramdhan dimana semua umat Islam akan melaksanakan ibadah puasa. Namun, dalam keterujaan kita menyambut bulan Ramadhan ini, wabak Covid-19 masih belum reda kerana wabak seperti ini mengambil masa yang agak lama untuk dihapuskan.

Sudah pasti ada lagi individu yang masih atau akan menjalani ujian swab Covid-19 bagi tujuan keselamatan. Mesti korang tertanya-tanya, buat ujian swab Covdi-19 time puasa batal ke tak ?


Jangan risau, seseorang individu melakukan ujian swab Covid-19 tidak akan membatalkan puasa. Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian swab bagi mengesan individu dijangkiti Covid-19 sebagai tidak membatalkan puasa.

Batal PuasaSumber: Facebook

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Perlis berkata, kaedah yang diguna oleh petugas Kementerian Kesihatan untuk menjalankan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum, lapor Harian Metro.

Kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak dalam kedalaman tertentu bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.

SwabSumber: Gambar Hiasan

So, puasa individu yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.

Alasan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.

Pandangan yang menguatkan ujian swab ini tak membatalkan puasa bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi sebab syarat untuk memasukkan sesuatu ke rongga dalam mestilah bersifat kekal didalamnya dan tak ada sambungan dengan alatan lain di luar badan.

Hal ini dapat dikaitkan dengan tindakan memasukkan gastroscope iaitu teropong perut ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.

GasSumber: Google

So, ujian swab yang dilakukan dengan hanya memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut untuk mendapatkan sampel lalu dikeluarkan semua tidak membatalkan puasa.

Korang yang nak buat ujian swab Covid-19 time bulan puasa nanti jangan risau, puasa takkan batal. 

Baca : “JANGAN GOSOK GIGI LEPAS SAHUR!” – Doktor Ingatkan Risiko Jika Gosok Gigi Lepas Makan, Takut Nanti Gigi Jadi…

Gigi

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fadilah Rofiie
Lagi tulisan Fadilah
Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Jangan Risau, Ujian Swab Covid-19 Tidak Batalkan Puasa – Mufti Perlis
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/jangan-risau-ujian-swab-covid-19-tidak-batalkan-puasa-mufti-perlis/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM