in

“JANGAN GOSOK GIGI LEPAS SAHUR!” – Doktor Ingatkan Risiko Jika Gosok Gigi Lepas Makan, Takut Nanti Gigi Jadi…

Gosoklah Gigi Mu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kita sibuk menjalani ibadah berpuasa, kebersihan diri mestilah dijaga kerana waktu puasa ni mesti ada yang mengadu mulut korang sedikit berbau kerana tak menjamah sebarang makanan kan.


Sebab tu lah, ada yang ambil inisiatif untuk gosok mulut sebaik saja lepas sahur untuk keep the mouth clean dan mengelakkan terbatalnya puasa gara-gara tertelan ubat gigi yang berperisa tu. Ish, ish, ish! 

Kondisi Puasa Tidak Menghalangi Seseorang Untuk Gosok Gigi 140702132150 589
gambar hiasan

Tapi tau tak korang yang tindakan memberus gigi sebaik je lepas bersahur tu mengundang risiko yang buruk kepada gigi? Whaaat??

 

“Selepas makan, mulut berada dalam keadaan sedikit asidik…. Jika digosok, ada risiko gigi terhakis??” 

Menurut perkongsian Doktor Ib Shah di Twitter, bahaya sebenarnya kalau korang gosok gigi betul-betul lepas habis bersahur. Gigi korang yang tengah dalam keadaan asidik tu ada potensi untuk rapuh tau. Seeloknya kasi gap sikitlah dalam 30 minit. 

Gigi 1 1
sumber: twitter
028939100 1483449206 Gigi Anak Berlubang Karena Pengaruh Genetik Benarkah
gambar hiasan

 

Gosok gigi masa berpuasa bukan makruh ke?

Menerusi penjelasan doktor tersebut di atas, ramai yang tertanya-tanya boleh ke gosok gigi masa bulan puasa? Yelah kan kalau nak kena tunggu 30 minit tu mesti dah lepas waku Subuh kan.

Tapi menurut Doktor Ib, sebenarnya boleh je gosok gigi pada waktu pagi. Menurut Mazhab Syafie, gosok gigi jadi makruh bila korang gosok lepas waktu Zohor. 

Makruh 1
sumber: twitter

 

“Kalau kumur listerine boleh?” 

Selain daripada pertanyaan di atas, ramai yang tanya sama ada boleh tak kumur mulut guna Listerine lepas bersahur. Malah ada juga yang tertanya-tanya sama ada peringatan ni hanya untuk musim Ramadan je ke… atau masa tak puasa pun boleh praktikkan ke?

Yelah kan, kita ada juga kawan yang suka berus gigi lepas makan. Tu pun macam berpotensi je untuk sebabkan gigi rapuh je.

Kumur
sumber: twitter

So apa lagi malam ni nak bersahur ingat tau! Jangan pulak tak gosok gigi terus ye, mau pengsan kawan korang yang duduk sebelah tu. 

Baca: “Tak boleh puasa dan masuk masjid” –  China Larang Muslim Di Xinjiang Berpuasa Pada Bulan Ramadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.