in

Jangan Letak Garam Dalam Makanan Bayi, Ini 3 Sebabnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu bapa, kita semestinya mahukan yang terbaik untuk si comel kita. Daripada pakaian, keselesaan sampailah makanannya, semua kita nak bagi yang terbaik.


Namun sebagai ibubapa, kita juga perlu cakna dengan apa yang makanan yang kita berikan kepada mereka. Ada sebab kenapa makan bayi rasanya macam membosankan dan kita ada kemungkinan akan tambah garam untuk bagi ada rasa. Awas, jangan letak garam. Korang boleh baca rantaian tweet @drluqman untuk tahu sebabnya.

 

Deria rasa bayi lain dari orang dewasa

Sebagai orang dewasa, kita dapat membezakan pelbagai jenis rasa menggunakan lidah kita. Namun, untuk seorang bayi, deria rasanya sangat sensisitf.

Elok elak letak garam atau apa-apa perasa tambahan dalam makanan bayi. Biar je rasa bosan kat lidah kita tapi mungkin dia rasa sensasi dalam mulut dengan rasa semulajadi makanan tu.

 

Takut nanti memilih makanan

Macam orang dewasa, kalau kita dah suka satu makanan tu, kita akan makan lagi-lagi sampai ketagih dan cuba elak makanan-makanan yang tak kena dengan tekak kita.

Nanti kalau dah besar, benda lain taknak makan, susah gak. Kena pulak makanan tu mahal sampai kopak dompet, kita nak makan nasi kosong tak berselera jadinya.

 

Kesan jangka panjang pada buah pinggang

Organ bayi yang masih belum matang memang sangat sensitif dan memerlukan nutrien yang sebenar untuk perkembangannya.

Kalau muda-muda kena buat dialisis memang susah lah. Harap kita sama-sama dapat elak dan berikan nikmat kehidupan sebenar kepada anak-anak kita.

 

Baca: “Parenting 101” – Lelaki Ni Kongsi Cara Efektif Hentikan Bayi Menangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.