in

“Parenting 101” – Lelaki Ni Kongsi Cara Efektif Hentikan Bayi Menangis

Feature 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai ibu bapa yang buntu tak tahu nak buat apa apabila bayi mereka kerap menangis. Jangan risau sebab kali ini admin nak kongsikan cara yang dikatakan berkesan untuk menghentikan tangisan bayi.


Tips ini telah dikongsikan oleh seorang bapa, Austin Geter melalui akaun TikToknya. Dalam video terbabit, Austin menceritakan bahawa dia harus berdiri dan mendukung anak perempuannya sebab bayi akan menangis setiap kali dia duduk.

@austingeter

Toooo easy ? w/@charliegeter #MyRoutine #fyp #babiesoftiktok #DailyVlog

♬ original sound – austingeter

Dalam video terbabit juga, dapat dilihat bahawa bayinya itu akan menangis setiap kali Austin duduk sebentar di kerusi putih. Tabik betul dekat parents yang sabar melayan kerenah anak-anak ni.  

Dia akan buat ‘fake crying’ setiap kali anaknya mula menangis 

Jadi, untuk menghentikan tangisan bayi, dia akan pura-pura menangis dan merengek setiap kali anaknya meragam. Nampaknya tips ni berkesan sebab cara ni berjaya mengalih perhatian bayi perempuannya.

Photo6084662039642483622

Photo6084662039642483623

Dapat dilihat dalam video tersebut yang baby tu macam pelik kenapa tiba-tiba ayah dia pula yang menangis setiap kali dia buka mulut untuk menangis. Mesti dia tengah fikir, bila turn aku pulak nak nangis ni.

Sehingga kini, video itu telah ditonton sebanyak 20 juta kali di aplikasi TikTok dan telah mendapat lebih kurang 69 ribu komen dari netizen. Video tersebut juga telah tular di Twitter baru-baru ini.

Rata-rata netizen juga terhibur dengan cara kreatif lelaki ini untuk menghentikan tangisan dan rengekan anaknya.

Photo6084662039642483617 1

Bukan itu je, ada juga warganet yang kongsikan cara mereka yang tersendiri untuk menenangkan anak yang sedang tantrum. Kreatif jugak cara dorang ni. 

Bayi 2 1 1

Selain itu, netizen yang lain juga mengatakan cara ini berkesan setiap kali anak mereka menangis di pasar raya.

Bayi 3

So, korang yang tengah pening tak tahu nak buat apa setiap kali jaga baby yang suka nangis, boleh lah try cara ni. Selamat mencuba! 

Baca: [VIDEO] “Comel!” – Netizen terhibur gelagat bapa men’gulung’ bayinya persis kebab

Bayi 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.