in

“Jangan kata aku orang luaq!” – Raja Utara Bongkar Siapa Mat Nor Sebenarnya, Ini Sebab Dia Gila Nakkan KL Dalam Episode Finale KL Gangster Underworld 2!

Tajuk

Setiap permulaan, pasti akan bertemu dengan pengakhirannya. Begitulah juga dengan KL Gangster Underworld 2 yang kini sudah tiba ke penghujung siaran! Makin banyak kita tengok, makin banyak juga persoalan yang timbul, kan? Jom kita recap sikit apa yang jadi episod lepas! 

Seperti yang korang semua dah tahu, impian Mat Nor dalam memiliki Kuala Lumpur serta menjadi ‘King’ bagi ibu kota ini sudah semakin hampir. Dia berjaya lemahkan Shah apabila Ketua Gangster Kampung Baru ini kehilangan anak perempuannya dalam satu kemalangan tragis.

Namron 2

Kemaraan ketua gangster lain juga dapat dipatahkan apabila Tony M cedera parah diserang pembunuh upahan Mat Nor dan dia juga berjaya yakinkan beberapa pihak seperti Liyana dan datuk-datuk yang bekerja untuk ketua gangster ini untuk menyokongnya.

Tapi tunggu dulu, Shah nampaknya sudah muncul dengan rancangan baru…

Sebelum admin bongkar episod 7 & 8, just as a reminder SPOILER ALERT ya buat korang yang masih belum menonton episod KLGU 2 yang seterusnya. 

 

Dua pembunuh upahan maut, Shah bakal bongkar lebih banyak ‘rahsia’?

Nampaknya rancangan Shah untuk menumbangkan Mat Nor makin berjalan lancar selepas dua dari tiga pembunuh upahan lelaki itu maut di tangan Belut dan Liyana. Kematian dua pembunuh tersebut membuka satu misteri baru yang akan dibongkar Shameen.

Menerusi siasatan rakan Shameen, rupa-rupanya pembunuh upahan ini adalah ahli kumpulan ‘Nagasari’ yang berasal dari Manila, Filipina. Mereka merupakan kontraktor kelas atasan yang diupah untuk membunuh. Dari sini, tahulah Shameen yang Mat Nor memang ada ‘kaitan’ dengan The Golden Triangle.

Shameen 1 1

Dalam pada tu, Shah yang dah makin tak tahan dengan sikap geng penagih kat Kampung Baru ni pergi confront Mat Nor. Apa yang buat Shah tak faham ialah mengapa Mat Nor sanggup ‘menjual negara’ demi mendapatkan kuasa di KL?

Jawapan Mat Nor simple je, apa yang Shah nak lawan ini adalah ‘sesuatu’ yang sangat besar dan ia tidak semudah yang disangkakan. Golden Triangle ni bukan Mat Nor je mereka dah kuasai, mereka juga cuba ‘tekan’ Madam Wong atas satu rahsia yang disimpan wanita itu berkenaan anaknya, Riley.

Image From Ios 28

Malah bukan Madam Wong je simpan rahsia, rupanya Adi pun sama. Rahsia yang dia simpan ni agak besar juga dan mampu gugat ‘relationship’ dia dan Shah. Uish banyak betul rahsia yang korang simpan ye. Yang mana satu terbongkar dulu?

 

Pertemuan dengan Raja Utara, masalah ‘mungkin’ selesai tapi… 

Atas nasihat Madam Wong yang tiba-tiba muncul menelefon Shah, Ketua Gangster Kampung Baru ni diarahkan untuk ke Alor Setar bertemu dengan Raja Utara.

Raja Utara 1

Di sana, Shah memohon pertolongan supaya Raja Utara ‘settle’ kan Mat Nor supaya dia tidak mengganggu KL lagi. Namun Shah tak sangka pula, di sana dia diceritakan salasilah tujuh keluarga gangster yang dikatakan telah membina KL suatu masa dulu.

Raja Utara 2

Namun pada hari itu, bukan Shah saja yang ke utara, Adi juga ke sana untuk bertemu dengan Mat Nor. Sedang enak Adi menikmati makan malam dengan Mat Nor, Shah datang menggempur. Dia mahu menamatkan semua kekalutan ini dengan bantuan Raja Utara.

Tapi agak mengejutkan bila nyawa Mat Nor tak panjang dan dia dibunuh seseorang sebaik kembali ke KL. Shah yang pulang dari utara pula membawa 1001 rahsia lagi bersamanya. Kali ini tugas Shameen untuk ke Jakarta dan menyiasat apa yang disimpan Ayah Zan sehingga kekalutan ni semua muncul.

Mat Nor 1

Pun begitu, belum sempat Shah bernafas, nyawanya kembali di hujung tanduk! Golden Triangle takkan nak lepaskan Shah macam tu saja lepas Mat Nor maut kan? Erk!

 

Lebih ‘international’, mungkinkah KLGU ada musim ketiga? 

Mesti korang tertanya-tanya, ada lagi ke musim ketiga? Masih banyak persoalan yang tak terjawab dan misteri yang tak terungkai. Haa tu kena tanya WeTV lah kan…

Page 1 Official Poster Front Cover Of Booklet W1490 X H1135

Antara yang buat kita tertanya-tanya, mungkin lepas ni plot KLGU akan lebih berkembang dan jadi ‘international’ sikit sebab bakal libatkan Golden Triangle yang sah-sah kuasa asing yang cuba mengawal Kuala Lumpur. Apa rancangan mereka terhadap KL lepas Mat Nor dah tewas?

Yang lagi best, kita juga nak tahu sama ada berjaya atau tidak Shameen membongkar rahsia buku nota Ayah Zan bersama Belut di Jakarta nanti? Siapa pulak Ngurah Temana yang disebut-sebut?

Haa terasa macam nak tengok balik semula? Jomlah tonton KL Gangster Underworld 2 di WeTV

Kl Gangster Underworld 2

Bagi korang yang belum khatam lagi series ni dan berjinak-jinak nak follow dari awal, korang boleh tonton secara PERCUMA di WeTV tau! 

Agak-agak ada tak musim ketiga ni? Makin lama, makin best! 

Sumber: Instagram