in

“Jangan jadi ibu bapa yang bodoh!”

P1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Jangan jadi ibu bapa yang bodoh!"
Loading
/

Keselamatan anak-anak adalah perkara yang paling diutamakan oleh ibu bapa. Bila memandu, benda pertama yang mereka akan pastikan ialah anak-anak berada dalam keadaan selamat.

Semalam tular satu video  di media sosial menunjukkan interaksi antara seorang bapa yang sedang memandu dengan anak perempuan dia dalam kereta. Budak kecik tu comel je cuba nak suapkan biskut kat bapanya yang sedang berpuasa.


P1
sumber: twitter

Rakaman video berdurasi 30 saat itu menunjukkan lelaki tersebut begitu seronok melayan kerenah anak perempuannya walaupun sedang memandu. Lepas video ni tular, ramai yang mengecam tindakan lelaki tu yang ternyata sangat bahaya.

Kalau korang tak perasan, lelaki tu tidak memakai tali keledar dan anak perempuannya juga tidak dipakaikan tali keledar.Malah, anaknya juga dilihat hampir menutup pandangan bapanya ketika cuba suapkan biskut.

P3
sumber: twitter

Disebabkan hal tu, lelaki ini terima banyak kecaman kerana menyebabkan anak dan dirinya sendiri dalam keadaan bahaya. Kata mereka, cute ke tak, yang lebih penting adalah nyawa. Ada juga yang menuduh lelaki tersebut seorang bapa tak bertanggungjawab sebab biar je anak dia macam tu.

Komen 1
sumber: twitter

Ada juga yang berkongsi kemalangan yang pernah menimpa mereka disebabkan kecuaian yang nampak simple macam ni. Menurut mereka, keselamatan sewaktu memandu bukan perkara remeh. Jadi kita tetap kena pakaikan seatbelt walau anak tu duduk di seat belakang sekalipun.

Jaga
sumber: twitter

Ada betulnya jugak apa dorang cakap ni. Memang elok layan anak baik-baik macam tu, tapi keselamatan tu benda paling penting. Apatah lagi kalau sedang memandu di musim perayaan macam ni.

Seeloknya amalkan budaya memakai seatbelt dan step-step keselamatan yang lain sebelum mula memandu. Hati-hati di jalan raya ye semua!

Tonton video tu kat sini:

Sumber: Twitter

Baca: “Bodoh tak kena tempat..” – Netizen Kecam Penunggang Motorsikal Yang Ditimpa Kemalangan Ini

Sssk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.