in

“Jangan duduk dan tengok je” – Netizen Puji Tindakan Pantas Lelaki Bantu Gadis Diganggu Lelaki ‘Pervert’ Dalam Bas

Budak Sekolah Gatal

Admin sebenarnya dah tak boleh brain dah dengan sikap sesetangah budak zaman sekarang yang dengan selamba boleh buat kegiatan lucah dan lakukan gangguan seksual terhadap wanita di kawasan awam. Tak malu betul! 

Bagi korang yang ternampak kejadian ni berlaku depan mata, jangan hanya record dan duduk diam jadi pemerhati je tau! Contohilah lelaki ini yang mana kisahnya dikongsikan di Twitter baru-baru ni.

 

“Aku bersyukur mak aku ajar aku untuk jangan hanya duduk dan tengok je bila benda macam ni berlaku” 

Menurut Kurt Mikhail, ‘hero’ dalam kejadian yang berlaku di Singapura semalam, dia secara kebetulan terlihat seorang budak lelaki melakukan kegiatan tak senonoh di dalam bas terhadap seorang budak perempuan yang tak dikenali. 

Diajar sejak dari kecil oleh ibunya untuk tak hanya berdiam diri dan tengok je benda tu berlaku depan mata, dia cepat-cepat memisahkan mangsa dan ‘pelaku’ terbabit dan menghubungi polis secepat mungkin. Macam budak sekolah je si pelaku tu…

 

Mujur polis datang dan keluarga mangsa ucap terima kasih

Apa-apapun mujurlah selepas menghubungi polis, mengawal situasi di dalam bas berkenaan. Meskipun Kurt tak tahu apa hukuman yang dikenakan polis terhadap lelaki ‘pervert’ terbabit, dia bersyukur yang ahli keluarga gadis berkenaan datang membantu dan berterima kasih kepadanya. Wah tak pasal-pasal jadi hero pulak eh! 

 

“Mak awak mesti bangga dapat anak macam ni. Keep it up! Dunia perlukan lebih banyak lelaki macam awak” 

Rata-rata netizen yang membaca tweet ini berasa sangat terharu dengan tindakan spontan lelaki tersebut. Ternyata kita perlukan lebih ramai orang macam ni dalam masyarakat.

Kadang-kadang kita nampak kejahatan berlaku depan mata, tapi tak ramai yang sanggup membantu atau buat sesuatu kan?

Hebat Ah
sumber: twitter

Moga-moga jadi contoh yang baik buat mereka kat luar sana!

Baca: “Dorang boleh bayangkan you luar dan dalam” – Gadis Bongkar Bagaimana Pervert Dapat Gambar Perempuan

Perbert