in

Duda & Janda Dicekup Berkhalwat Dalam Bas, Alasan Nak Berehat Lepas Makan

Ft Pasangan Dicekup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan lelaki dan wanita yang berstatus duda dan jandatelah ditahan di abatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas mereka disyaki berkhalwat di dalam sebuah bas yang diparkir di sebuah stesen minyak yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka pada awal pagi Sabtu.

Berdasarkan pemeriksaan jam 1.50 pagi tadi, pemandu bas yang berusia 37 tahun dan seorang wanita usia 46 tahun itu telah ditemui sedang tidur bersebelahan di atas kerusi dalam kenderaan berkenaan.


Artikel berkaitan: “Datang rumah warnakan rambut” – Dicekup Berkhalwat Dalam Bilik, Ibu Remaja Tak Puas Hati Rumah Diserbu

Artikel berkaitan: Bagi Alasan Sakit Perut, Remaja Lelaki Kantoi Berkhalwat Dengan Warga Indonesia Di Hotel

Berehat lepas keluar makan

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemeriksaan itu dilakukan selepas pihak mereka ada menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya pasangan terbabait memberikan alasan bahawa mereka berada di dalam bas untuk berehat selepas keluar makan bersama sebelum mereka tertidur.

Screenshot 2026 06 02 180920

“Bagaimanapun, kedua-duanya gagal membuktikan mempunyai hubungan mahram atau sebagai suami isteri yang sah.”

Screenshot 2026 06 02 180943

Tambah beliau, pasangan tersebut kemudiannya telah dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Menurutnya kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.