in

“Jangan diskriminasi kaum LGBT di tempat kerja”

Page Lgbt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lesbian, gay, biseksual dan transgender atau LGBT adalah satu isu yang takkan pernah habis dibincangkan. Lagi-lagi kalau dekat Malaysia ni. Antara satu sebabnya adalah kerana ianya bertentangan dengan agama.


Sebelum ini, pelantikan tidak rasmi pegawai akhbar Syed Saddiq, Numan Afifi mencetuskan kritikan kerana mereka mendakwa Numan memperjuangkan LGBT sehinggakan dia bertindak meletak jawatan.

O
gambar hiasan

Namun begitu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata golongan LGBT tidak harus tercicir hak untuk mendapatkan keadilan, lapor Free Malaysia Today.

“Mana-mana warganegara Malaysia adalah bebas dan tidak boleh didiskriminasikan di tempat kerja.”

61437791888 Mujahidyusofrawa
sumber: astro awani

Semasa ditemui di lobi Parlimen selepas pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, beliau turut ditanyakan tentang Numan Afifi yang meletakkan jawatan berikutan kontroversi mengenai identitinya.

Jelas beliau, Numan telah meletak jawatan secara sukarela dan ia tidak sepatutnya menjadi isu, melainkan bukti bahawa dia terpaksa berbuat demikian.

Numan Afifi
sumber: blog

Selain itu, Mujahid turut mengatakan bahawa Numan tidak mencabar sistem yang ada.

“Tetapi kalau dia membuat pengisytiharaan secara terbuka dan berbangga melakukannya, itu akan menimbulkan masalah dengan nilai-nilai masyarakat kita dan juga undang-undang negara.”

Walau bagaimanapun, menurut Astro Awani, Mujahid yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf golongan tersebut.

“Dari segi undang-undang, tidak timbul perkara seperti memberi pengiktirafan, hanya ada hak kewarganegaraan.”

Sementara itu, beliau turut mengatakan bahawa Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan program yang positif untuk mendekati golongan itu dan memulihkan mereka secara berkesan dan membawa mereka ke pangkuan masyarakat.

Apa pendapat korang?

Baca: Nak Halalkan LGBT? Lelaki Ini Bagi Cadangan…

Gaysssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.