in

“Jangan cabar kerajaan”- DS Ismail Sabri Beri Amaran Kepada Kilang & Premis Perniagaan Yang Degil Langgar SOP

Ismailsabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memberi amaran keras kepada mana-mana pengusaha kilang dan premis perniagaan agar tidak mencabar arahan yang kerajaan telah tetapkan.


Kelmarin, beliau telah memberitahu bahawa sebanyak 180 kilang dan premis perniagaan lagi telah ditutup berikutan kerana tidak patuhi SOP.

 

Ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama – Timbalan Perdana Menteri

Dalam pada itu, berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa.

“Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.”

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini.”  Katanya menerusi Facebook miliknya semalam

217834670 10160091462561282 378149745486325364 N

Untuk rekod, Berita Harian ada melaporkan bahawa sebanyak 160 kilang dan premis perniagaan diarah tutup kerana beroperasi tanpa kebenaran dan langgar SOP pada 18 Jun lepas.

Manakala, Harian Metro melaporkan bahawa 56 kilang, premis perniagaan dan tapak pembianaan diarah tutup pada 8 Julai lepas.

Sementara itu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 30 Jun lepas pula berkata berkata, beliau akui 80 peratus punca kes tertinggi datang daripada kilang, Harian Metro.

Berikutan dengan amaran keras itu, ia meraih pujian netizen memandangkan kes baharu kebelakangan ini meningkat secara mendadak.

 

Tak tahu berapa lama rakyat boleh bersabar – Netizen

Kilang5 Kilang3 1 Kilang2 1 Kilang 1

Kilang4

Semalam, kes harian Covid-19  telah mencatatkan angka paling tinggi iaitu 13,215, Selangor mencatatkan sebanyak 6,120 dan diikuti dengan 1,499 di WP Kuala Lumpur.

 

Baca : [TERKINI] Kes Harian COVID 19 Melonjak Ke 13,215, Selangor Saja Dah Lebih 6k!

13K

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.