in

[TERKINI] Kes Harian COVID 19 Melonjak Ke 13,215, Selangor Saja Dah Lebih 6k!

Kes Terttiunj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia hari ini sekali lagi telah mencatatkan sejarah kes harian tertinggi COVID 19 (15 Julai 2021) iaitu 13,215 kes positif dilaporkan. Untuk rekod, kes tertinggi pernah dicatatkan sebelum ini ialah 11,079 iaitu pada 13 Julai lepas.


Menerusi Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor seperti biasa mencatatkan angka tertinggi iaitu dengan 6,120 kes diikuti dengan Negeri Sembilan 1,603 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 1,499 kes.

Jumlah kes 5 angka hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID 19 di Malaysia meningkat kepada 880,782 kes.

Peningkatan angka 10,000 dalam tiga hari berturut-turut ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan netizen yang kebanyakan negeri pada masa ini masih lagi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Baca: TERKINI: Tertinggi Dalam Sejarah! Malaysia Catat 11,079 Kes Baru, Selangor Kekal Paling Tinggi!

Kes 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.