in

“Jangan biarkan pemain kita dibuli”

Sabar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin tak ramai ambil tahu sangat dengan perlawanan bola sepak yang berlangsung semalam antara Malaysia dan Indonesia untuk Piala AFF U-19 2018 yang berlangsung di negara jiran semalam. Yelah kan sekarang semua sibuk dengan World Cup… 

Apa-apapun, Malaysia menang 3-2 mengalah Indonesia menerusi sepakan penalti yang terus membawa pasukan kebangsaan kita ni ke final melawan Myanmar nanti. Dalam gembira menyambut kemenangan, ada pulak berita tak baik yang timbul semasa perlawanan Malaysia vs Indonesia semalam.


Dengar cerita penyokong Indonesia membaling botol dan batu kepada pemain-pemain Malaysia hingga menimbulkan kekacauan di stadium. Alamak! Bahaya ni. Tengok video di bawah. Sampai berlari pemain kita keluar stadium. 

Berang dengan apa yang berlaku, pengguna Twitter Christopher Raj meminta Asean Football Federation untuk mengambil tindakan terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana tidak dapat mengawal keadaan stadium hingga boleh akibatkan kecederaan kepada pemain bola sepak negara.

Insiden ni jugak dapat perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan, siapa lagi kalau bukan Khairy Jamaluddin. Menurutnya, insiden yang berlaku ni amat memalukan dan beliau meminta rakyat Malaysia bersabar serta berharap tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang terlibat.

Kj 1
sumber: twitter

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jugak tak duduk diam bila dapat tahu tentang isu ni. Malah Saddiq jugak personally akan turun ke Indonesia malam ni untuk berbincang dengan pihak sebelah sana. Go bro Saddiq!

Macam biasa, isu seperti ni menimbulkan perbalahan antara dua negara yang masing-masing nak back up negara sendiri. Agak sakit hati jugaklah bila kita baca komen pihak Indonesia yang tuduh kita panggil dorang dengan nama haiwan masa perlawanan lepas. Jadi untuk balas dendam ini pulak yang berlaku.

Buli
sumber: twitter
Acap Sinclair
sumber: twitter

Namun ada jugak di kalangan penyokong Indonesia yang mengakui kesalahan mereka dan memohon maaf bagi pihak penyokong yang keterlaluan pada malam tersebut. Baguslah kalau macam tu.

Timnas
sumber: twitter

Papepun bagi admin, kalah menang tu adat permainanlah. Kalau dah kalah, kita akur je dengan keputusan tu. Tahun depan boleh cuba lagi. Mana tahu terus jadi juara kan? Bagi yang menang pulak janganlah meninggi diri. Hormat menghormati antara pemain tu penting supaya tak jadi hal seperti.

Jangan gaduh-gaduh ye Malaysia-Indonesia? 

Baca: 10 Pemain Bola Sepak Tempatan Kurang Dapat Perhatian Ramai Tetapi Hebat di Padang 

Bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.