in

“Jangan berani sangat Bangjat” – Sebelum Ini Dua Transgender Pakistan Pernah ‘Diseksa Sampai Mati’ Oleh Polis Arab Saudi

Collage 1

Ekoran dari isu Sajat berpakaian seperti wanita tular di media sosial, ramai yang menyatakan rasa bimbang jika dia ditangkap oleh polis di sana.

Menurut PU Amin juga, kes mengenai Sajat ini juga dikatakan sedang hangat diperkatakan di Arab hingga ada pihak polis di sana yang memberikan amaran kepada PU Amin supaya jangan buat hal di sana kerana kelak orang Malaysia susah nak datang beribadah ke Mekah.

Sajat3

Untuk pengetahuan korang, homoseksualiti di Arab Saudi boleh dikenakan hukuman mati manakalam pembedahan menukar jantina pula salah di sisi undang-undang.

Pada tahun 2017, kecoh bila dua transgender dari Pakistan dikatakan telah diseksa hingga mati oleh pihak polis Arab Saudi.

Menurut Independent, dua transgender ini dikatakan telah dihumban ke dalam karung guni sebelum dipukul dengan kayu dan diseksa hingga mati.

Afp 1488697375
Gambar hiasan

Pihak polis Arab Saudi dituduh telah membunuh Amna yang berusia 35 tahun dan Meeno, 26, selepas mereka menyerbu sebuah rumah di sana dan menahan lebih 35 transgender.

Ekoran dari kejadian ini, aktivis dari Pakistan telah meminta penjelasan dari Arab Saudi mengenai kematian dua wanita ini dan 22 golongan transgender lain yang telah ditahan.

Di Arab Saudi, golongan transgender dari mana-mana negara pun akan mendapat layanan yang sama dan jika mereka ditahan kali kedua untuk kesalahan yang sama, mereka boleh diberikan hukuman mati.

Dikatakan, dua transgender dari Pakistan ini telah ditahan atas tuduhan memakai pakaian jantina lain dan melakukan hubungan seks sesama jantina di Riyadh.

Manakala, dekat Pakistan pula menurut reuters, golongan transgender di sana biasanya akan dibuang keluarga dan dipaksa untuk menjadi pengemis dan pelacur.

Harapnya Sajat janganlah berani sangat di negara orang, bak kata pepatah, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.”

 

Baca: “Takut kerajaan Arab Saudi tahu” – Sajat Boleh Masuk Lokap Kalau Terus ‘Menyamar’ Jadi Jemaah Wanita Di Mekah

Collage