in

“Jadilah lelaki yang jaga air muka sendiri & keluarga” – PU Rahmat Minta Trend Melamar Secara Terbuka Dihentikan

Uqasha2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahad lepas, salah satu highlight yang menjadi perhatian ramai dalam Anugerah MeleTOP 2020 adalah lamaran Kamal Adli kepada Uqasha secara live sambil ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia.


Detik manis itu sudah semestinya membuatkan peminat dan penonton gembira apabila melihat saat romantis mereka berdua. Meskipun ramai gembira atas lamaran yang dibuat Kamal Adli pada malam itu, namun status Facebook terbaru PU Rahmat ada menyatakan mengenai budaya melamar secara terang-terangan ini. Katannya….

 

Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahupun atas pentas” – PU Rahman

Ada 3 sebab kenapa ianya tak patut dalam dilakukkan dalam islam. Pertama sekali adalah, agar tiada tekanan kepada wanita, kat PU Rahmat islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki.

“Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan.”

Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya. Tambahnya.

Malah, ia juga bagi menjaga air muka lelaki, ia kerana lamaran secara terbuka ini ada potensi untuk ditolak secara terbuka juga.

“Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.”

PU Rahmat juga menjelaskan bahawa pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga.

“Ya saya tahu ada yang tak peduli hal keluarga dengan alasan ” aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah.”

Malah, PU Rahmat juga menjelaskan bahawa kaedah lamaran mengikut budaya barat ini penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa dia juga gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose, bahkan akan mendokaan kebahagiaan mereka lagi.

Saya gembira atas kejayaan lamaran kamal adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah.”

Namun, PU Rahmat berharap agar trend ini dapat di hentikan kerana ianya bukanlah budaya kita.

“Romantiklah dengn syariat , InsyaAllah berkat.”

Apapun, niat PU Rahmat hanya ingin menasihati, bukan mengecam mereka dan semua orang. Lagipun Kamal Adli dah plan dengan keluarga sebelum propose kan?

 

Baca : “Jangan cakap no lah” – Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Semasa Live Antara Highlight AME

Kamal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.