in

“Jadi manusia kejar buat kebaikan, bukan menunjuk kebaikan” – Idris Khan Nasihat Berhenti Tayang Bagi Parent Duit Di Socmed Sebab..

Idriskhan2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membalas jasa ibu bapa itu sudah semestinya satu perkara yang diingini untuk anak-anak apabila mereka menjelang dewasa, boleh dikatakan semua anak-anak ingin berikan yang terbaik buat ibunya.


Jika dilihat sekarang, banyak video di media sosial menunjukkan anak-anak yang memberikan surprise  kepada orang tua dengan barangan mewah. Pastinya ia memberikan inspirasi kepada kita, namun begitu pelakon Idris Khan anggap perbuatan itu segera dihentikan.

 

Tak semua murah rezeki sebegini – Idris Khan

Duit

Satu video viral apabila seorang wanita menghadiahkan wang tunai kepada ibunya dan ianya ada dimuatnaik di Instagram.

Menerusi mStar Online, Idris Khan atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar menyifatkan perbuatan yang disifatkan sebagai menunjuk-nunjuk itu sebagai tidak sihat.

Ini kerana, Idris Khan menerusi ruangan komen mengatakan bahawa tak semua orang mampu memberikan sebegini kepada orang tua mereka.

“Rasanyaa ramai yang berkeinginan nak buat seperti ini untuk ibu mereka tetapi tidak semua murah rezekinya sebegini. Jadi, sebaiknya buat kebaikan, bagi tangan kiri tak nampak. Hentikan trend suka menunjuk bagi wang tunai.”

Mstar

Tambahnya lagi, cukup lah simpan untuk diri sendiri dan Allah mengetahuinya.

“Jadilah manusia yang kejar untuk membuat kebaikan, bukan manusia yang kejar untuk ‘menunjuk’ kebaikan”.

Selain Idris Khan, pelakon Mustaqim Bahadon juga mempunyai pandangan yang sama.

“Sekarang macam berlumba-lumba pula orang nak tunjuk siapa paling buat baik dengan ibu bapa. Siapa paling bagi hadiah mahal pada ibu bapa.”

Dengan pandangan dan kata-kata mereka ini ramai netizen menyokong dan meluahkan perkara yang sama, mereka juga mengatakan bahawa ia dilihat tidak selamat untuk memberikan sejumlah wang yang besar dalam bentuk tunai.

Sebelum ini, viral di media sosial apabila seorang wanita yang juga merupakan pengasas produk kesihatan rambut memberikan wang tunai RM25,000 kepada ibunya sempena ulang tahun kelahiran.

Kata pengasas yang dikenali sebagai Nabilah, tujuan dia kongsikan video tersebut adalah untuk disimpan sebagai kenangan dan dia berharap agar memberikan inspirasi untuk berbakti kepada orang tua mereka, lapor mStar Online.

 

Baca : Wang Tunai Berjumlah 8.1 Bilion Won Dijumpai Di Kasino Pulau Jeju, Eksekutif Wanita M’sia Jadi ‘Dalang’ Utama

Wangtunai

Sumber: mStar Online
Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.