in

Wang Tunai Berjumlah 8.1 Bilion Won Dijumpai Di Kasino Pulau Jeju, Eksekutif Wanita M’sia Jadi ‘Dalang’ Utama

Ft Kasino Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis Korea Selatan pada Rabu mendedahkan sejumlah wang tunai bernilai 8.1 bilion won (RM29.9 juta) telah dijumpai di sebuah kasino di Pulau Jeju. Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kecurian wang yang membabitkan pekerja, lapor Agensi Berita Yonhap.


Memetik laporan Bernama, siasatan telah dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wang yang dijumpai di dalam peti besi kasino itu adalah sebahagian daripada wang yang bernilai 14.56 bilion won yang dilaporkan hilang dari kasino Landing di Jeju Shinhwa World minggu lepas.

Bukan setakat itu, penyiasat juga turut menjumpai timbunan wang bernilai beberapa bilion won di rumah seorang eksekutif wanita Malaysia yang kini menjadi ‘dalang’ utama dalam kes kecurian itu. Wanita itu bertugas dalam urusan pengendalian dana kasino terbabit.

Kasino Dalam

Sebelum ini, Landing International Development Ltd,. pengendali kasino Jeju yang berpangkalan di Hong Kong itu mendedahkan kehilangan wang menerusi laman webnya pada minggu lepas dan membuat laporan polis melalui anak syarikat tempatan iaitu Landing Entertainment Korea.

Polis juga telah melancarkan operasi untuk memburu wanita terbabit selepas memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kasino. Menurut polis, rakaman video ketika kejadian berlaku telah dipadamkan.

Kami sedang menjejaki di mana wang tunai itu dan orang yang disyaki dengan memeriksa rakaman CCTV.

Tambahnya, siasatan terperinci sedang dilakukan termasuk kemungkinan ada penglibatan pihak lain yang ‘bersubahat’ kerana jumlah wang yang hilang itu terlalu besar dan berat jika hanya dilakukan oleh seorang sahaja.

Baca: Warga Malaysia Terlepas Hukuman Gantung Di Mahkamah Singapura Sebab Jadi Keldai Dadah, Ini Alasan Hakim…

Baca Msia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.