in

Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Sediakan Kontena Khas Untuk Simpan Jenazah Pesakit Covid-19

Kontena Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terbaru, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh dilaporkan terpaksa menyediakan kontena khas yang dijadikan sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat mangsa Covid-19.



Perkara itu dikongsikan menerusi twitter KKMalaysia malam tadi, kira-kira pukul 10.31 malam.

Malah dilaporkan juga lebih 80 peratus kematian akibat pandemik Covid-19 di negara ini adalah dalam kalangan warga emas iaitu mereka yang sudah berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

Untuk rakyat Malaysia, tolong patuhi segala SOP yang telah ditetapkan kerajaan, kerana kes harian menunjukkan angka yang semakin membimbangkan.

Semalam sahaja sebanyak 3,780 kes baharu dilaporkan dengan 36 kematian. Manakala 520 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 272 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber : KKM, Berita Harian

 

Baca : ICU pun dah penuh;-Merisaukan! DG Hisham Kerap Muat Naik Gambar Terkini ICU, Macam Bagi Hint

Cats 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.