in

“ICU pun dah penuh”-Merisaukan! DG Hisham Kerap Muat Naik Gambar Terkini ICU, Macam Bagi ‘Hint’

Cats 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tengok jumlah kes di negara kita makin meningkat, risau jugak. Mana tidaknya, lebih 3 ribu kes positif Covid-19 yang baharu dilaporkan setiap hari. Gelombang kali ini memang luar biasa dan bukan sesuatu yang kita boleh anggap sebagai perkara remeh.


Perkara ini turut merisaukan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia apabila dia sendiri melihat keadaan hospital yang sudah tidak mampu menanggung jumlah pesakit Covid-19 yang makin ramai.

 

Selalu muat naik gambar ICU

Siapa yang follow Twitter DG Hisham, korang perasan tak sejak kebelakangan ini dia selalu muat naik gambar keadaan di ICU. Korang boleh tengok sendiri dalam gambar yang ICU sekarang sudah penuh dan katil pun katanya tak cukup untuk menampung pesakit lain yang nak masuk.

“Disebabkan tiada katil yang mencukupi, pesakit-pesakit bukan Covid-19 terpaksa dihantar ke hospital yang tidak melibatkan rawatan pesakit Covid-19. Katil hampir sudah tidak ada.”

Menurut DG Hisham, terdapat lebih 1 ribu katil ICU keseluruhannya untuk pesakit COVID-19 dan bukan Covid-19 di bawah 78 buah hospital KKM dan hospital pengajar di seluruh negara yang merawat Covid-19. Daripada jumlah ini, 850 katil di ICU dikhaskan untuk pesakit Covid-19.

Dengan jumlah yang sudah diberikan, nampaknya kena tambah lagi jumlah katil di hospital.

 

Nak bagi ‘hint’

Korang rasa la kan, DG Hisham ni ada masa ke saja duduk duduk main Twitter macam kita? DG Hisham guna Twitter sebab dia tahu orang ramai lagi suka cari maklumat di media sosial, so, sebab itu dia selalu update maklumat terkini di Twitter dia.

Korang boleh tengok corak penggunaan Twitter DG Hisham bila dia selalu update gambar ICU dekat hospital sudah penuh, dan apa yang dia retweet semua berkaitan Covid-19 di negara kita. Ini seolah-olah macam satu petanda atau ‘hint’ yang DG Hisham nak beritahu kepada rakyat tentang betapa kritikalnya kes Covid-19 di negara kita.

Photo6129872016451415054

Photo6129872016451415055

 

Bila kerajaan buat sekatan jalan raya tu, korang jangan la marah sebab tu salah satu cara untuk putuskan rantaian Covid-19 dari terus merebak. Dah bahaya sekarang sebab virus tu dah ada dalam komuniti kita.

 

Sumber: DG Hisham

Baca:“Saya lihat pesakit Covid di sebelah saya mati. Bagaimana nurses dan Doc kerja di ICU. Allah saja tahu beratnya tugas mereka” – Bekas Pesakit COVID-19

Gfg

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.